Pasukan Manakah Akan Muncul Sebagai Juara Sulung Piala Cabaran 2018?

Malam ini, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah akan menyaksikan sebuah pasukan mencipta sejarah baharu sebagai pasukan pertama yang menjuarai Piala Cabaran edisi sulung musim ini.

Dua pasukan yang akan berentap dalam aksi final kedua malam ini ialah Terengganu FC II (TFC II) dan UKM FC. Pada aksi final pertama awal minggu ini, TFC II berjaya mengikat UKM 2-2 di Stadium Shah Alam.

Bagi pengendali Terengganu FC II (TFC II), Tengku Hazman Raja Hassan, beliau tidak menganggap Piala Cabaran sebagai piala “syok sendiri” atau piala yang tidak kelas sebaliknya menyifatkan Piala Cabaran mempunyai nilainya yang tersendiri.

“Nilai piala ini tinggi buat pasukan seperti kami kerana kami menyertainya dan akan memastikan kejuaraan edisi sulung ini menjadi milik kami.

“Saya begitu lapar untuk mendakap piala biarpun pernah menang sebelum ini sebagai pemain. Oleh itu saya juga harap pemain dapat merasai apa yang saya rasa dan bermain dengan bersungguh-sungguh,” kata Tengku Hazman seperti dipetik dalam Berita Harian.

Tengku Hazman bergambar dengan jurulatih UKM FC, Sulaiman Husin pada sidang media semalam. FOTO: TFC

Tengku Hazman juga menyuarakan keyakinan tinggi bahawa pasukannya mampu merangkul kejuaraan itu buat kali pertama dan ia adalah hadiah paling manis untuk dikecapi selepas TFC II mempamerkan kemerosotan prestasi sepanjang Liga Perdana musim ini.

“Ini pertemuan keenam antara TFC II dengan UKM, jadi sudah semestinya kami mengetahui kelebihan serta kekurangan pasukan masing-masing.

“Justeru saya ingatkan pemain perlu memanfaatkan setiap peluang yang ada selain perlu mengelak daripada melakukan kesalahan ‘bodoh’ bagi tidak mengganggu rentak perlawanan kerana final ini masih terbuka buat kedua-dua pasukan,” jelasnya.

Sementara itu, pengendali UKM, Sulaiman Hussin turut berharap kejuaraan edisi sulung itu menjadi milik pasukannya walaupun beraksi di tempat lawan.

“Ini peluang terbaik kami untuk melakar kemenangan dan saya yakin pemain juga mempunyai hasrat sama.

“Pemain kami akan berusaha mempamerkan aksi terbaik, bermain di tempat sendiri atau tempat lawan tidak menjadi masalah bagi kami untuk menjulang trofi ini,” kata Sulaiman.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN