Pasukan Liga Malaysia yang mempunyai masalah tunggakan gaji pemain mempunyai baki tujuh hari lagi untuk menyelesaikan hutang masing-masing atau berisiko akan diambil tindakan drastik oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) seperti tidak akan mendapatkan lesen bertanding pada musim depan.
Pada 6 Ogos lalu, peringatan kepada pasukan-pasukan Liga Malaysia yang mempunyai masalah keberhutangan dikeluarkan sendiri oleh Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam.
Ini berikutan isu tunggakan gaji pemain masih menjadi masalah utama pasukan-pasukan bertanding, walaupun bayaran hak penyiaran telah dilakukan oleh pihak Malaysian Football League (MFL) pada Julai lalu.
Ketika bercakap kepada wartawan pada 6 Ogos lalu, Stuart dipetik sebagai berkata:
Selesai isu tunggakan gaji pemain sebelum Hari Kemerdekaan https://t.co/Xb76pYWkJv
— Gary Hardin Lugard™ (@garylugard) August 24, 2019
“Pasukan yang gagal menunjukkan laporan kewangan yang menunjukkan mereka tiada hutang mungkin tidak [diberikan] lesen pada tahun depan, tetapi mereka masih ada masa untuk menyerahkan dokumen-dokumen yang baru.
“Semua kelab prihatin tentang perkara ini.
“Bukan hanya [melibatkan] pemain sahaja, malah kelab juga perlu menjelaskan segala hutang yang ada sebelum 31 Ogos ini.”
Pelesenan kelab telah diwajibkan ke atas saingan Liga Super sejak musim lalu setelah ianya diperkenalkan pada 2017. Felda United adalah antara kelab yang pernah gagal pelesenan kelab sehingga beraksi di saingan Liga Premier pada musim lalu.
INFOGRAFIK : Kami paparkan penerangan tentang apakah itu pelesenan kelab serta faedahnya untuk kefahaman para penyokong…
Posted by Semuanya BOLA on Tuesday, November 28, 2017
Mengikut perancangan, pelesenan kelab akan diperluaskan ke saingan Liga Premier pada musim hadapan.
Sebagai rekod, Kelantan gagal mendapatkan lesen kebangsaan dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pada tahun lalu ekoran tidak menepati kriteria yang ditetapkan seperti kegagalan melunaskan sepenuhnya tunggakan gaji pemain.