Pasukan Liga M3 ‘Kopak’

Liga M3

Sedangkan pasukan Liga Super pun kini bergelut dengan masalah kewangan, apatah lagi pasukan yang sedang bersaing di liga bawahan seperti Liga M3.

Penangguhan semua acara sukan termasuk bola sepak yang telah berlanjutan hampir dua bulan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan telah menyebabkan beberapa pasukan kini dihimpit dengan impak kewangan yang besar terutamanya bagi yang mengharapkan dana dari penaja.

Memetik laporan akhbar Berita Harian, Pengurus Langkawi City FC (LCFC), Mohd Noor Mohd Amin menjelaskan persekitaran ekonomi yang perlahan ekoran pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada pasukan-pasukan kecil dalam Liga M3.

“Kita faham pandemik ini memang di luar jangkaan dan boleh memberi kesan yang negatif khususnya dari segi pembayaran gaji pemain dan pegawai kerana kebanyakan pasukan dalam Liga M3 ini adalah pasukan kecil dan berisiko besar berhadapan krisis kewangan.

“Kita juga sedar bahawa kebanyakan pasukan  ini juga bergantung kepada sumber ekonomi daripada pihak penaja yang tentunya turut terkesan dalam kegawatan ekonomi.

Justeru itu, Mohd Noor mengusulkan agar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (FAM) membatalkan sahaja saingan Liga M3 pada tahun ini sekiranya perlawanan masih tidak dapat diteruskan selepas tempoh PKP ditamatkan.

“Namun jika cadangan FAM dan MFL untuk memulakan Liga-M pada September tahun ini diluluskan kerajaan, kelab kecil seperti kami dalam Liga M3 perlu membuat perancangan lebih awal untuk memastikan semua aspek terutama kewangan dan gaji dapat dirancang dan diuruskan dengan baik.”

Tambahan pula, kebanyakan perlawanan Liga M3 yang diuruskan oleh Liga Bola Sepak Amatur (AFL)  berlangsung di padang terbuka dan agak sukar untuk memenuhi syarat beraksi di ‘stadium tertutup’ atas faktor kewangan.

Maka ia memerlukan kajian teliti sekiranya pihak AFL masih berhasrat untuk menyambung kembali baki perlawanan musim ini memandangkan tempoh bulan September atau Oktober masih terlalu lama.

Maka sudah tentu setiap pasukan tidak berkemampuan untuk membayar gaji semua pemain, pegawai dan kakitangan pasukan sepanjang tempoh tersebut tanpa sebarang perlawanan.

“Saya yakin FAM dan MFL akan tampil dengan cadangan terbaik mereka kepada kerajaan selepas melihat setiap aspek yang tidak akan memudaratkan semua pihak,” kata Mohd Noor lagi.

Kredit Foto: AFL

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Liga M3:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN