“Pasukan Kena Ada Balik Mentaliti Untuk Menang” – Akmal Zahir

Persembahan Melaka United dalam dua perlawanan awal saingan Liga Super ini sedikit hambar apabila hanya mampu mengutip satu mata sahaja dengan mencatat satu kekalahan dan sekali seri.

Untuk itu, pasukan tersebut kini dalam momentum untuk kembali mencatat keputusan yang lebih positif apabila kembali menjalani latihan setelah sebelum dikuarantin akibat masalah Covid-19.

Melaka United terpaksa melupakan hasrat mereka untuk aksi pusingan pertama Piala FA minggu lalu menentang PIB FC apabila perlawanan tersebut ditunda setelah lebih 20 orang pemain dan pegawai kelab disahkan positif Covid-19.

Akmal Zahir selaku pertahanan kental mereka musim lalu antara yang terkena jangkitan wabak berkenaan ketika itu dan menganggap latihan mereka yang sudah pun berlangsung sebagai cara untuk mendapatkan kembali tahap kecergasan para pemain secara fizikal.

Menurut pemain dari Alor Star, Kedah itu, latihan tersebut amat penting untuk diri mereka kerana Melaka United setakat ini masih belum mencatat kemenangan pertama dan bakal menggunakan masa yang ada ini dengan latihan lebih baik.

“Sejak saya positif, saya tidak ada gejala yang teruk dan semuanya baik-baik sahaja, jadi sekarang kena fokus untuk dapat balik kecergasan.

“Sekarang pasukan kena ada balik mentaliti untuk menang sebab selepas ini akan menentang Sabah, jadi mahu atau tidak kena cuba menang juga.

“Kami dah seri dan tewas sekali, jadi kalau boleh kami tak mahu kehilangan mata lagi dan tempoh masa yang ada ini cukup untuk kejar balik latihan secara fizikal,” katanya menerusi Harian Metro.

Muhammad Fadhli Shas juga antara pemain yang terkena jangkitan wabak tersebut juga bersependapat dengan Akmal dan berharap agar situasi yang telah dihadapi mereka ini tidak akan berulang lagi pada masa hadapan..

Walaupun dalam tempoh kuarantin, pertahanan tinggi lampai ini tetap berdisiplin dengan mengikut program latihan secara atas talian yang telah disediakan oleh barisan kejurulatihan.

“Alhamdulillah semuanya sudah kembali pulih dan sekarang pun kita dah mula berlatih balik, jadi kita akan kembali fokus untuk dapatkan balik momentum.

“Masa kuarantin pun kita tetap dengan latihan sendiri sebab jurulatih ada bagi beberapa program yang perlu kita lakukan, jadi ia membantu.

“Saya berharap persiapan selepas ini akan lebih lancar dan semua pemain akan lebih sihat selepas ramai yang positif tempoh hari,” katanya.

Sebelum itu, Melaka United sepatutnya berdepan PIB FC pada 12 Mac lalu dan telah ditunda dengan satu tarikh baharu akan diumumkan kelak untuk perlawanan menentukan siapa layak ke pusingan seterusnya.

Aksi ketiga Liga Super juga bakal berlangsung dengan Melaka United bakal menentang Sabah pada 5 April depan dalam misi pertama mereka untuk mengumpul tiga mata penuh perlawanan.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN