Pasukan Kebangsaan UAE Sudah Berada Di Kuala Lumpur Sejak Beberapa Hari Lalu

Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Loading official content
Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio
Take a look at the arrival of the Brazilian national team players in Teresópolis, Rio de Janeiro, where the squad starts the preparation for the World Cup Qualifiers.
0 seconds of 31 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Messi bags his trademark chip against Atlanta United
01:12
00:00
00:31
00:31
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Guimaraes after Newcastle win Carabao Cup: 'The best day of my life' PSG dominate Marseille in Le Classique Slot on tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Kompany after draw at Union Berlin: 'It was not a bad performance' Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Lihat lebih video CBF di OneFootball

Tatkala tumpuan peminat dan pengikut sukan bola sepak di dalam negara tertumpu kepada perlawanan membabitkan pasukan negara dan Indonesia, tanpa disedari skuad kebangsaan UAE sudah pun berada di Kuala Lumpur.

Berdasarkan laporan dari BERNAMA, UAE sudah pun berada di Kuala Lumpur beberapa hari yang lalu untuk melakukan persiapan berhadapan pasukan negara dalam aksi Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 September hadapan.

Menurut Dr. Hassan Sujail yang juga merupakan anggota jawatankuasa teknikal Persatuan Bola Sepak UAE, mereka memutuskan untuk tiba awal di negara ini untuk memastikan barisan pemain mampu menyesuaikan diri dengan perbezaan cuaca dan waktu selain faktor lain yang memberi kesan kepada prestasi pasukan.

“Semua orang tahu betapa pentingnya aksi pertama dalam pusingan kelayakan ini, yang merupakan permulaan bagi pasukan kebangsaan.

“Saya percaya keputusan positif ketika berdepan Malaysia akan menjadi motivasi yang kuat untuk semua pemain mengharungi baki perlawanan seterusnya dalam kumpulan ini, yang semuanya bertekad untuk layak ke peringkat seterusnya, ” ujar beliau seperti yang dipertik daru laman sesawang rasmi badan induk bola sepak UAE.

Skuad UAE kendalian Bert Van Marwijk telah menyenaraikan 25 pemain  bagi pusingan menghadapi kelayakan dan sasaran gergasi Asia Barat itu ialah untuk melangkah ke peringkat seterusnya.

“Keyakinan terhadap pemain-pemain kami adalah berdasarkan bahawa kami mempunyai ramai pemain yang mempunyai kemampuan untuk menampilkan prestasi terbaik dan melakar keputusan yang meletakkan pasukan di landasan yang betul,” tambah Hassan.

Sebelum ini skuad UAE telah menjalani latihan pusat selama 10 hari di Salzburg, Austria pada Julai lalu sebelum satu lagi kem latihan diadakan di Bahrain.

Persiapan mereka juga tampak teratur dengan dua perlawanan persahabatan, menyaksikan  pasukan itu menundukkan Republik Dominica 4-0 dan membelasah Sri Lanka 5-1 sebelum ke Kuala Lumpur.

Pasukan UAE telah memulakan latihan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras pada Khamis lalu. UAE dianggap pasukan paling mencabar yang perlu dihadapi oleh anak buah Tan Cheng Hoe dalam saingan Kumpulan G.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN