Pasukan Footgolf Malaysia Sedia Tawan Asia

Selepas berjaya mencipta kejutan dengan meloloskan diri dalam kelompok lapan terbaik dunia pada Kejohanan Footgolf Piala Dunia Tahun 2023 yang berlangsung di Orlando, Amerika Syarikat, pasukan Footgolf Malaysia kini sudah bersedia untuk memulakan lembaran sejarah yang baru.

Biarpun sukan Footgolf masih asing di dalam senario sukan tempatan, namun berbekalkan semangat yang membara, pasukan Footgolf Malaysia nekad untuk membuktikan bahawa kejayaan di dalam sukan ini turut mampu mengharumkan nama negara di persada dunia.

Bakal berlangsung di The Els Club Desaru pada 23 hingga 27 September 2024, Kejohanan Footgolf Piala Asia yang dibawakan oleh penaja utama MicroLEAP sebuah syarikat pelaburan patuh syariah yang saban tahun terus menyokong perkembangan sukan footgolf di Malaysia.

Kejohanan ini bakal menjadi medan pertembungan di antara ENAM (6) negara yang aktif di dalam sukan yang mencabar dan penuh teknikal ini iaitu Malaysia, Jepun, China, Chinese Taipei, Korea dan Australia. Selaku tuan rumah, sudah pasti pasukan Footgolf Malaysia menyasarkan untuk bergelar Juara Asia.

Ketua pasukan untuk edisi ini, Mohd Fahmi Hatta yakin dengan kemampuan pasukan yang telah berlatih bersama beberapa bulan ini.

“Dengan persediaan rapi yang telah dilakukan, kami semakin mengenali kekuatan dan kelebihan setiap rakan sepasukan, ini penting untuk para pemain mempersiapkan diri untuk menghadapi pasukan lawan terutamanya dalam acara berpasukan nanti, berdepan dengan pasukan pasukan pilihan seperti Jepun dan China”.

Dengan jadual kejohanan yang padat sepanjang 5 hari itu nanti, menurut salah seorang lagi pemain, Hanif Miswan yakin dengan pengalaman yang dibawa ketika menyertai Piala Dunia di Orlando bakal mematangkan dirinya dan rakan sepasukan yang lain.

Beliau yang juga merupakan Pengulas Sukan, Pengacara TV dan Penyampai Radio teruja untuk beradu kehebatan dalam sukan footgolf berdepan dengan pasukan lain di rantau Asia ini.

“Skuad kali ini menarik, ada adunan pemain yang berpengalaman di pentas antarabangsa dan mempunyai ranking yang tinggi di peringkat Dunia dan Asia.

“Selain Jepun dan China, ada juga pasukan berpengalaman seperti Australia yang merupakan tuan rumah untuk edisi Piala Asia terdahulu, Korea Selatan dan Chinese Taipei yang boleh disifatkan sebagai pendatang baharu dalam sukan ini… jadi peluang Malaysia seimbang dan InshaAllah kita boleh melakukan kejutan menjadi juara.

Untuk pengetahuan, Kejohanan Footgolf Piala Asia ini akan mempertandingkan TIGA kategori utama iaitu Men Open, Men Senior dan Women Open. Pastinya pasukan Footgolf Malaysia menyasarkan untuk menjuarai kesemua kategori yang ada sekaligus mencapai misi menawan Asia.

Jeffrey Cottam, Naib Presiden Persatuan Footgolf Malaysia yang juga merupakan pemain kategori Men Senior nombor satu di Asia pada ketika ini berharap agar penganjuran kali ini membuka mata penggemar sukan di Malaysia terutamanya untuk lebih mengenali dan mencuba sukan ini.

“Kejohanan ini mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Belia dan Sukan dan secara konsisten di masukkan juga di dalam kalendar Hari Sukan Negara, sambutan di peringkat nasional. Jadi dengan penganjuran berskala antarabangsa ini, sudah pasti ianya bakal menjadi satu lagi lembaran sejarah dalam sukan tempatan.”

“Sukan Footgolf mempunyai potensi yang tinggi untuk pemain pemain negara kita, kita ada pemain yang berkedudukan ranking Top 20 dalam penyertaan pertama ketika Piala Dunia, terpilih untuk menyertai France Masters untuk tahun ini dan saya sendiri menjuarai Terbuka Australia 2024 dalam kategori senior baru baru ini.

“Jadi kita menjemput peminat peminat sukan untuk hadir ke Desaru hujung bulan ini dan menyokong pasukan Footgolf Malaysia mencipta sejarah”.

Sebagai rekod, Malaysia mempunyai beberapa pemain yang menyinar di peringkat Asia dan Dunia untuk tahun 2024, dan ini bakal menjadi kayu ukur kepada prestasi yang diharapkan ketika kejohanan nanti.

Setiausaha Persatuan Footgolf Malaysia merangkap Pengurus Pasukan Footgolf Malaysia kali ini, Ir Ts Mohd Hafiz Zainudin, yakin dengan lebih pendedahan, pasukan Malaysia boleh melangkah jauh dalam sukan ini di persada dunia

“Dengan penglibatan lebih 40 negara di seluruh dunia yang aktif dalam sukan ini, tidak mustahil Footgolf boleh disenaraikan di temasya Olimpik dan Malaysia menjadi salah satu Pasukan Gergasi Dunia satu hari nanti. Namun, fokus kita jelas pada Piala Asia 2024 kali ini, doakan misi Malaysia Tawan Asia Berjaya.”

Untuk info, kejohanan itu bakal berlangsung di The Els Club, Valley Course, Desaru pada 23 hingga 29 September dan membabitkan enam negara termasuk Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN