Pasukan Bola Sepak Orang Kudung Malaysia ‘Uji’ The Ohana FC

Bola Sepak Orang Kudung Malaysia

Kekurangan dalam diri tidak langsung menyentap semangat Pasukan Bola Sepak Orang Kudung Malaysia untuk mencabar kelab liga sosial Lembah Klang, The Ohana FC di KV Rhino Arena, Shah Alam awal pagi tadi.

Bukan keputusan menjadi ukuran tetapi idea kebersamaan tanpa mengira keadaan fizikal sesama manusia itu jelas sesuatu yang wajar mendapat pujian.

Perlawanan amal ini adalah sebagai simbolik kepada sokongan penuh The Ohana FC terhadap #ProjekTongkat yang bermatlamat bagi membawa Kelab Bolasepak Kudung Salam dari Gaza, Palestin ke Malaysia selama dua minggu untuk jelajah ke seluruh negara pada Februari depan.

Ia merupakan pemanas badan buat pasukan dari Palestin itu sebelum bertanding dalam Kejohanan 6 Negara Piala Jemputan Persatuan Bolasepak Orang Kudung Malaysia (MAFA) 2020.

Selain The Ohana FC yang pastinya menyokong usaha ini, #ProjekTongkat diketuai oleh Persatuan Bola Sepak Orang Kudung Malaysia (MAFA) dan turut mendapat sokongan daripada Pan-Disability Football Club, The Ohana FC, IMAM Response & Relief Team – IMARET, Malaysian Humanitarian Aid and Relief – MAHAR dan Viva Palestina Malaysia (VPM).

Dalam perkembangan sama, Setiausaha MAFA, Hakimi Nasir ketika ditemui wakil SemuanyaBOLA pagi tadi berkongsikan kekangan yang dihadapi pasukan Bola Sepak Orang Kudung Malaysia.

”Rintangan yang kami hadapi setakat ini walaupun kami ada dapat bantuan daripada pihak seperti CIMB Foundation, Pan- Disability Club dan beberapa pihak lagi adalah kami  tidak mendapat cukup pendedahan.

”Pendedahan terhadap sukan ini di Malaysia saya rasa masih di paras yang rendah. Sebab jika kita tengok di luar seperti United Kingdom, Turki, Poland, sukan bola sepak kudung ini mempunyai liga sendiri.”

”Yang paling dekat ialah Jepun. Mereka ada liga sendiri di mana mempunyai 10 pasukan dan mempunyai perlawanan pada setiap minggu seperti bola sepak normal. Diharapkan Malaysia juga dapat melakukan perkara yang sama.”

”Contohnya ada pihak yang sanggup bersama dengan beberapa penaja kita yang saya sebutkan tadi, akan mampu kembangkan lagi peluang jadi dapat sesuaikan permintaan [terhadap bola sepak orang kudung].

Besar harapan para pemain Bola Sepak Orang Kudung Malaysia ini untuk beraksi di pentas Piala Dunia.

Pada anda yang berhajat untuk memberikan sumbangan bagi menjayakan #ProjekTongkat, berikut adalah butiran dan segala keterangan lanjut boleh terus ke Facebook rasmi Projek Tongkat.

  • Akaun: Kelab Bolasepak Pan-Disability
  • CIMB: 800 204 6126
  • Rujukan: MAFA

Kredit foto: Aifiqimages

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN