Seperti yang semua orang tahu, bola sepak ini merupakan sukan untuk rakyat atau orang Inggeris kata, “football is for working class people.”
Hal ini kerana, sukan yang disukai oleh semua orang ini nyata merupakan antara hiburan terbaik buat mereka semua.
Rakyat nyata datang dari pelbagai latar belakang, dan kebanyakannya bukanlah datang dari golongan yang berada.
Mereka lazimnya berkerja keras untuk dapatkan wang untuk kehidupan mereka serta sedikit dari pendapatan mereka itu digunakan untuk ke stadium untuk menyokong pasukan kesayangan mereka.
Bagi pemain bola sepak, nyata mereka dibayar dengan jumlah gaji yang lebih dari cukup pada pandangan kita semua terutamanya di zaman bola sepak moden ini.
Bawa ke kilang
Di Switzerland, sebuah kelab telah mengambil keputusan drastik untuk menghukum para pemain mereka.
Pengurus kepada kelab FC Lugano, Paolo Tremezzani telah membawa pemain-pemain beliau dengan lawatan ke sebuah kilang pada awal pagi bagi mengetahui susah payah peminat mereka mencari wang untuk pergi ke stadium menyokong mereka.
“Sengaja saya bawa mereka ke kilang, biar mereka tahu susahnya peminat mereka cari duit.”
Keputusan mengadakan ‘lawatan’ ke kilang ini berlaku selepas pasukannya kalah 5-2 di tangan FC Thun tempoh hari.
Mereka bergerak seawal jam 6 pagi ke kilang tersebut dan hadir sebelum perkerja kilang dan operasi kilang bermula.
Tremezzani nyata berang dan marah dengan sikap pemain beliau ketika beraksi di atas padang. Oleh kerana itulah beliau melakukan denda sebegini untuk beri kesedaran kepada mereka.
Baca juga: Messi Luah Rasa Kecewa, Desak Perang Di Syria Dihentikan Serta Merta