“Pastikan Anda Skor” – Ini Sebab Paulo Josue ‘Korban’ Peluang Hatrik Kepada Hadin Azman

Kane explains the difference between Tuchel and Southgate Loading official content
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate
Harry Kane explains the differences between Thomas Tuchel and Gareth Southgate as the England national team begins a new era under Tuchel's management ahead of their upcoming match against Albania.
0 seconds of 54 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
00:54
00:54
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain' Rabiot's reaction to France's defeat to Croatia Tuchel: 'A full Wembley will be amazing' Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Kuala Lumpur City (KL City) terus mencipta sejarah mereka tersendiri musim ini, setelah kejayaan mereka untuk muncul juara dalam saingan Piala AFC peringkat zon Asia Tenggara semalam.

Kejayaan mereka membenam cabaran PSM Makassar dengan keputusan 5-2 di Stadium KLFA, Cheras nyata amat membanggakan para penyokong KL serta menaikkan lagi nana bola sepak negara di pentas Asia.

Antara pemain yang mencuri tumpuan semalam pastinya pemain import berpengaruh KL City iaitu Paulo Josue yang meledak dua gol pada perlawanan tersebut.

Sebenarnya, Paulo berpeluang untuk mencatat hatrik pada perlawanan tersebut menerusi sepakan penalti terakhir perlawanan, namun tugas tersebut diberikan kepada pemain gantian, Hadin Azman.

Paulo menjelaskan beliau mempunyai alasan tersendiri mengapa sepakan tersebut diberikan kepada Hadin, meskipun beliau berpeluang mencatat hatrik.

Jelas beliau, sepakan penalti tersebut dihadiahkan kepada Hadin Azman yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi dan pemain tersebut berjaya menyempurnakannya dengan baik.

“Penalti tersebut akan mengakhiri permainan malam ini, dan secara normal para pemain berada pada tahap keyakinan terbaik untuk mengambilnya.

“Hadin mahu hadiahkan gol untuk anaknya dan saya cuma katakan, jadikan penalti itu untuk bayi anda serta pastikan ia gol,” jelas Paulo kepada Semuanya BOLA.

Selain itu, beliau juga berbangga dengan rakan sepasukan yang berjaya mempamerkan aksi begitu baik ketika menentang PSM Makassar.

Paulo juga menyatakan mereka berjaya mengekang lawan daripada mencipta banyak peluang, terutama sekali di separuh masa pertama.

“Pada separuh masa pertama saya rasakan kami berjaya menjalankan tugas untuk mengekang lawan dengan begitu baik.

“Kami mampu meledak dua gol awal permainan serta tidak membenarkan mereka untuk mencipta banyak peluang.

“Kami juga pada awalnya bermula dengan sangat baik pada awal separuh masa kedua, namun kami sedikit terleka dan memberi peluang untuk mereka meledak dua gol dalam masa 10 minit.

“Namun selepas itu kami berjaya kembali untuk menyesuaikan diri semula dalam permainan dan kembali mencatat tiga gol kemenangan.

Paulo juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyokong yang hadir pada perlawanan semalam sambil berharap agar sokongan tersebut bakal diteruskan kepada mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN