Tottenham Hotspur Lancar Program Passion 4 Coaching, Bantu Anak Muda Jadi Jurulatih

Majoriti dari kita semuanya sukakan bola sepak, bukan?

Ramai yang gemarkan bola sepak dan pernah mengimpikan untuk menjadi bintang bola sepak satu hari nanti.

Sungguhpun begitu, ada juga dari kalangan kita semua yang berimpikan untuk menjadi jurulatih bola sepak.

Baru-baru ini, kelab Tottenham Hotspur menerusi yayasan mereka iaitu Spurs Foundation telah berjaya merealisasikan impian pengurus kelab tersebut iaitu Mauricio Pochettino untuk mewujudkan satu program kejurulatihan.

Program yang dipanggil Passion 4 Coaching itu bakal memberi peluang kepada para remaja pada usia 16 hingga 24 tahun untuk menceburkan diri bidang kejurulatihan pada usia yang muda.

Para peserta pertama bagi program Passion 4 Coaching. Gambar: Tottenham Hotspur

Graduan dari program ini bakal diberikan peluang untuk menjadi jurulatih di kelab komuniti di bawah Tottenham Hotspur dan menjadi jurulatih kepada para pemain muda di setiap tahap.

Mereka juga boleh menjadi jurulatih untuk di kampung halaman mereka jika mereka mahu dengan menggunakan silibus yang digunakan di akademi Tottenham Hotspur.

Program yang dilakukan oleh Pochettino dan juga Spurs Foundation ini adalah satu program yang diimpikan oleh pengurus kelab tersebut.

Apa yang menariknya mengenai program Passion 4 Coaching ini adalah dana untuk melangsungkan program ini adalah menerusi hasil jualan buku tulisan Pochettino sendiri iaitu Brave New World yang mengisahkan kehidupan beliau pada musim pertama bersama kelab London itu.

Program ini bakal menyaksikan Pochettino akan berkongsi mengenai teknik dan cara beliau menjadi jurulatih.

“Bidang kejurulatihan adalah salah satu bidang yang saya minat sejak zaman saya bermain telah tamat.”

“Saya tahu ramai orang-orang tempatan di sini juga mahu menjadi jurulatih, tetapi tidak pernah diberikan peluang.”

Mauricio Pochettino memberi tunjuk ajar kepada para peserta Passion 4 Coaching. Gambar: Tottenham Hotspur

“Cukup penting untuk saya dapat berkerjasama dengan pihak kelab untuk program ini. Sekurang-kurangnya kita dapat cuba ubah nasib kehidupan peserta yang menyertai program ini.”

Satu inisiatif program yang cukup berguna dalam melahirkan lebih ramai jurulatih dalam kalangan anak muda di England.

Barangkali di masa akan datang kita boleh saksikan pasukan Liga Malaysia mula melancarkan program sebegini. Siapa tahu?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN