Pas Bermusim Kelantan FC Tawarkan Kelas Saham & Bawa Anda Terbang Ke Bali

Laku ibarat pisang goreng panas. Itulah yang boleh dikatakan mengenai pas bermusim Kelantan FC yang pantas menjadi rebutan penyokong skuad The Red Warriors selepas ia dilancarkan.

Berdasarkan muat naik terkini daripada laman Facebook rasmi kelab tersebut, hanya tinggal 400 pas bermusim Kelantan FC yang masih berbaki walaupun kurang 24 jam ianya dilancarkan.

Pas bermusim Kelantan FC mendapat sambutan menggalakan daripada penyokong kali ini kerana tawaran menarik yang dianggap lebih tinggi daripada nilai yang harus dibayar penyokong untuk mendapatkannya.

Bermula daripada harga mampu milik serendah RM250 untuk pakej Premier, pas bermusim Kelantan FC untuk tahun 2022 turut ditawarkan dengan tiga lagi harga berlainan iaitu RM600 untuk pakej Premium, RM2,000 untuk pakej Superb, dan RM6000 untuk pakej Superb Premium.

Selain daripada tiket perlawanan percuma sepanjang musim, pass bermusim Kelantan FC turut datang dengan pelbagai tawaran menarik lain yang sukar diperolehi dari pas bermusim yang ditawarkan kelab-kelab lain di Liga Malaysia.

Pakej Superb dan Superb Platinum misalnya menawarkan penginapan percuma di Bali dan Langkawi di Hotel Zamburger dan TRW Resort.

Bagi memudahkan penyokong yang berkunjung ke tempat lawan atau away days, penyokong juga usah risau. Ini kerana anda boleh menginap  secara percuma selama 24 hari, selain tawaran 50% di 77 cawangan cawangan Hotel Zamburger seluruh Malaysia.

Selain daripada jersi percuma dan merchandise, penyokong Kelantan FC yang mendapatkan pakej Superb dan Superb Premium turut ditawarkan kelas online saham secara percuma.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN