Parma, Kisah Bola Sepak Moden, Giant Killer Dan Kejatuhan Empayar I Crociatini

I Crociatini bermaksud The Young Crusader dalam Bahasa Itali. Ia sesuai dengan sejarah kegemilangan kelab ini pada usia muda di Serie A satu ketika dahulu dengan pemain-pemain muda berbakat.

Kisah Romantis Parma Dan Bola Sepak Itali!

Mungkin ramai tidak tahu dan ramai juga yang tahu pasukan ini adalah pasukan yang cukup hebat era 90-an.

Mereka adalah pasukan pertama di Liga Itali yang bermain free flow football. Itali ketika itu terkenal dengan bola sepak bertahan.

parma1

Era Serie A Lewat 80-an Dan Awal 90-an

Pada musim 1989-1990 mereka beraksi di Serie A buat pertama kalinya. Navio Scala dilantik menggantikan tactician berpengaruh Arrigo Sacchi.

Mereka membeli Thomas Brolin dan Claudio Taffarel(gambar) dan mengakhiri liga di tempat keenam. Ia dianggap luar biasa oleh penyokong mereka sebagai pasukan baru dalam Serie A.

taffarel

Mereka layak ke Piala UEFA (kini Europa League) buat pertama kali untuk musim 1991-92. Di peringkat domestik, Parma berjaya mengejutkan gergasi Itali Juventus 2-0 untuk menjuarai Piala Itali dalam final David vs. Goliath.

Piala Eropah

Trofi antarabangsa pertama Parma adalah Piala Cup Winners 1992/93. Mereka menewaskan Royal Antwerp 3-1 di Wembley pada Mei 1993.

Piala Cup Winners (Cup Winners Cup) atau singkatannya CWC adalah pertandingan yang menghimpunkan juara pertandingan piala domestik (Cup competition) di Eropah.

Kini kejohanan ini tidak ada lagi. Juara terakhir CWC adalah Lazio pada tahun 1999.

Pada 1993/94, Parma menjulang Piala Super Eropah menewaskan gergasi AC Milan 2-0 dalam final. Musim yang sama, mereka tewas 1-0 di final Piala Cup Winners menentang Arsenal.

Parma Dan Bintang Bola Sepak Dunia

Kejayaan pasukan ini menarik nama nama seperti Tomas Brolin, Hristo Stoichkov, Fabio Cannavaro, Faustino Asprilla, Dino Baggio, Hernan Crespo, Enrico Chiesa, dan Diego Fuser menyertai mereka.

Parma mendapatkan khidmat Gianfranco Zola dari Napoli dan terbukti menjadi masterstroke untuk Parma. Zola adalah perancang moden prolifik ala no.10 Brazil yang muda serta berbakat besar.

Pada 1994-1995 musim menyaksikan pencapaian terbesar dalam sejarah mereka. Parma berjaya menewaskan gergasi Itali, Juventus dalam final Piala UEFA.

parma1994

Mereka juga menyaingi Juventus untuk kejuaraan Serie A dan mengakhiri kempen di tangga ke-3.

Era Nevio Scala bersama Parma berakhir pada akhir musim 1995-96 selepas menamatkan kempen di tangga ke-6 dan tanpa piala. Beliau digantikan dengan pengurus bercita-cita tinggi, Carlo Ancelotti.

Era Ancelotti

Ancelotti lebih mementingkan keputusan berbanding corak permainan menarik seperti era Scala. Beliau kurang berminat menggunakan pemain yang suka menggunakan skil individu seperti Zola.

parma-carlo

Zola menjaringkan 19 gol pada musim Parma hampir menjadi juara Serie A 1994/95 dan menjadi penjaring terbanyak pada 1995-96. Namun Ancelotti tetap menjual Zola ataupun ‘Little Sardinia’ ke Chelsea.

Carlo Ancelotti tetap mampu memimpin Parma mencabar kejuaraan Serie A pada 1996-97. Mereka menamatkan musim di tempat kedua, hanya satu mata di belakang Juventus.

Pada musim 1997-98, Ancelotti gagal memberikan magis beliau dan Parma menamatkan liga di tangga ke-6 dan tanpa sebarang piala.

Kejayaan Doubles Dengan Piala UEFA Pada 1999

parma

Pada musim 1998/99 Alberto Malesani menjadi pengurus baru. Mereka berjaya memenangi Coppa Italia menewaskan Fiorentina.

Parma turut menjuarai Piala UEFA kedua mereka selepas menewaskan pasukan pilihan, Olympique de Marseille 3-0, hasil jaringan Crespo, Vanoli dan Chiesa. Itulah kejayaan terakhir Parma di pentas Eropah.

parma-99-uefa-cup-winner

Mereka menjuarai Piala Super Itali pada 1999-00, namun tersingkir awal di UCL.

Sacchi Kembali

Arrigo Sacchi kembali ke menguruskan Parma pada Januari 2001, tetapi bekas kemudiannya terpaksa meletakkan jawatan kerana keuzuran dan digantikan Renzo Ulivieri

Mereka gagal ke pusingan akhir UCL dan turut tewas di final Coppa Italia di tangan Fiorentina.

Pada musim 2001-02 Parma menjual nama nama besar seperti Gianluigi Buffon, Lilian Thuram, Sergio Conceicao dan Marcio Amoroso.

Buffon Dan Thuram
Buffon Dan Thuram

Sebagai ganti, mereka membeli Sebastien Frey, Matteo Ferrari, Martin Djetou, Aimo Diana, Marco Marchionni, Hidetoshi Nakata, dan Emiliano Bonazzoli. Ia dikira bisnes yang baik.

Era Carmignani

Pietro Carmignani dilantik menjadi pengurus baru dan membantu Parma menjuarai Coppa Italia ketiga mereka pada 2001-02. Mereka menewaskan Juventus menerusi peraturan gol di tempat lawan.

calcio

Transaksi Keluar Masuk Era 2000-an

Parma memang terkenal dengan sikapnya yang mudah menjual bintang mereka keluar dan menemui permata baru selepas itu.

Pada 2002/03, Fabio Cannavaro telah dijual kepada Internazionale, Marco Di Vaio dijual ke Juventus, dan Johan Micoud dijual ke Werder Bremen.

Sebagai pertukaran, mereka menandatangani pemain seperti Daniele Bonera, Matteo Brighi, Mark Bresciano, Adriano, Adrian Mutu, dan Alberto Gilardino. Bisnes yang baik sekali lagi bukan?

Adrian Mutu
Adrian Mutu

Selain itu, Matias Almeyda telah ditukar dengan Vratislav Gresko. Luigi Sartor ditukar dengan Sebastiano Siviglia.

Pundit di Itali melabel Parma sebagai pasukan yang menjual bintang dan kemudiannya mencipta bintang baharu.

Walaupun penaja pasukan, Parmalat menghadapi skandal kewangan pada 2003, Parma masih menamatkan liga di tangga ke 5.

Pada 2004/05 mereka melelong pemain seperti Hidetoshi Nakata, Simone Barone, Matteo Ferrari, Cesare Bovo dan membawa masuk bakat muda sperti Fabio Simplicio dan Vince Grella.

23 Mar 2002:  Hidetoshi Nakata of Parma in action during the Serie A match between Parma and Juventus, played at the Ennio Tardini Stadium, Parma.  DIGITAL IMAGE Mandatory Credit: Grazia Neri/Getty Images
23 Mar 2002: Hidetoshi Nakata of Parma in action during the Serie A match between Parma and Juventus, played at the Ennio Tardini Stadium, Parma. DIGITAL IMAGE Mandatory Credit: Grazia Neri/Getty Images

Tidak Ada Lagi Istilah Menjual Bintang Dan Mencipta Bintang Baru!

Pada musim 2005/06, masalah kitaran modal semakin menghantui mereka. Mereka terpaksa menjual Frey dan Gilardino. Kali ini Parma gagal membeli pemain yang bagus.

Mereka hanya mampu meminjam Cristiano Lupatelli dan Bernardo Corradi.

Parma mengumumkan bahawa mereka akan dibeli oleh bekas pengerusi Real Madrid Lorenzo Sanz pada 2005. Namun Sanz rundingan gagal selepas Sanz melihat prestasi kewangan Parma yang semakin kritikal.

Seperti biasa, walaupun dilanda masalah, Parma menamatkan kempen di pertengahan liga dan kemudian layak ke Piala UEFA 2005/06 disebabkan oleh skandal 2006 bola sepak Itali.

Mereka adalah pengganti kepada kelab Itali yang dikenakan tindakan kerana skandal Calciopoli. Ia memberikan sinar harapan untuk mereka menjana duit daripada kejohanan Eropah.

Krisis Beterusan

Claudio Ranieri yang dilantik menjadi pengurus pada pertengahan musim 2006/07 dan beliau membantu Parma daripada penyingkiran.

parma12

Pada musim 2007/08, Parma sekali lagi bertarung dengan penyingkiran, melantik tiga jurulatih berbeza iaitu Domenico Di Carlo, Hector Cuper, dan caretaker Andrea Manzo.

Namun mereka kali ini gagal mengekalkan status dan tersingkir Serie B bola sepak musim seterusnya.

Pada 2008/09 mereka menjual pemain muda Daniele Dessena dan Luca Cigarini untuk suntikan kewangan. Mereka membeli pemain muda Milan, Luca Antonelli dan Alberto Paloschi.

Parma naik semula ke Serie A pada musim 2009/10. Kemudian mereka cumalah kuasa biasa yang menjadi pasukan midtable team.

Magis mereka di Eropah dan Cup Competition sudah hilang. Mereka gagal mencari bintang-bintang baru seperti sebelum ini.

Muflis Pada 2015!

Pada musim 2014/15, mereka berhadapan dengan beban hutang €197. Pada Jun 2015 kelab ini diiktiraf muflis dan ia mencemarkan kegemilangan mereka sejak era Sacchi dan juga Scala.

parma123

Mereka gagal menyelesaikan beban hutang mereka. Sehingga pada satu tahap, mereka terpaksa membatalkan perlawanan Serie A kerana tidak ada duit untuk membayar gaji steward.

parma122

Jurulatih dan pemain mereka cuba membantu kelab ini dengan memberikan komitmen sehingga ke akhir musim walaupun gaji mereka tidak dibayar. Namun ia masih gagal menyelamatkan kelab ini.

Hari ini mereka beraksi di Lega Pro (divisyen 3)selepas memenangi promosi dari Serie D (divisyen 4 /amatur) dengan rekod tanpa kalah dalam 38 perlawanan (28 menang, 10 seri)musim 2015/16.

Bekas pengurus lagenda mereka, Nevio Scala sebagai presiden. Parma mengidamkan untuk berksi di Serie A dalam masa 3 tahun lagi.

Jika pada hari ini, Parma pastinya mengaut ratusan juta daripada penjualan pemain yang berkualiti. Mereka adalah pembekal berkualiti untuk kelab utama di Itali dan Eropah.

parma23

Yang pasti nama nama seperti Buffon, Thomas Brolin, Thuram, Taffarel, Mutu, Crespo, Cannavaro, Zola, Chiesa, Veron, Adriano dan ramai lagi adalah lagenda yang pernah menyarung jersi Parma.

Baca juga : Kisah 5 Kelab Besar Yang Pernah Muflis Yang Boleh Dijadikan Pengajaran

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN