Parma Sah Bebas Dari Rasuah Akibat ‘SMS’ Kepada Spezia

Kelab bola sepak Itali, Parma menafikan diri merekaa terlibat di dalam kegiatan perlawanan selepas pihak penyiasat selesai melakukan siasatan terhadap dua pemain mereka.

Siasatan oleh panel siasatan terhadap dakwaan tersebut sebelum itu berkisar kepada pesanan khidmat ringkas (SMS) yang dihantar oleh dua pemain tersebut sebelum kemenangan ke atas Spezia.

Kemenangan ke atas Spezia pada minggu terakhir perlawanan pada 18 Mei lalu mengesahkan kepulangan Parma ke Serie A, dan media di Itali melaporkan SMS tersebut bertujuan untuk mendorong lawan mereka, Spezia untuk tidak beraksi bersunguh-sungguh dalam perlawanan tersebut.

Kenyataan daripada pihak Parma turut dikeluarkan pada Sabtu lalu dan mengesahkan pemain mereka telah disiasat oleh pegawai penyiasat kes berkenaan.

Parma turut mengesahkan soal siasat adalah berkisar kepada dua SMS dan juga bekas pemain Parma yang beraksi bersama Spezia.

“Pemain telah disiasat oleh pegawai penyiasat dan ia berkisar kepada dua SMS dan bekas pemain yang beraksi bersama Spezia.”

“Parma telah melihat sendiri SMS tersebut, dan kami boleh mengesahkan ia tidak mengandungi sebarang unsur ke arah dakwaan menerima atau memberi sebarang bentuk suapan.”

(Photo by Alessandro Sabattini/Getty Images)

“Pihak berkuasa yang dilantik mempunyai tanggungjawab dan peranan untuk menjalankan tugas siasatan demi memastikan integriti perjalanan liga. Oleh itu ia adalah tanggungjawab pengarah, pemain dan semua anggota di dalam kelab ini untuk memberikan kerjasama.”

Parma disingkirkan ke Serie D selepas diisytihar muflis pada 2015, namun kembali ke Serie A pada musim hadapan selepas berjaya melayakkan diri ke setiap divisyen pada setiap musim.

Musim lalu mereka muncul naib juara Serie B selepas menewaskan Spezia 2-0, sementara lawan mereka Frosinone hanya sekadar seri 2-2 bersama Foggia di hari terakhir saingan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN