Pemain Korea Selatan Park Kwang-Il Berada Dalam Radar PKNS FC

Kerja mendapatkan pemain baharu di PKNS FC terus berjalan dengan jayanya.

Terbaharu, mereka meletakkan pemain yang berasal dari Korea Selatan iaitu Park Kwang-Il berada dalam radar mereka.

Pemain tersebut kini bersama-sama dengan PKNS FC sebagai pemain percubaan dan setakat ini, beliau telah menghasilkan impak positif buat dirinya.

Hal ini kerana jurulatih PKNS FC iaitu E. Elavarasan nyata berpuas hati dengan aksi permain tersebut ketika perlawanan persahabatan menentang MISC-MIFA semalam.

Pemain tengah bertubuh kecil itu hampir menjaringkan gol sebanyak 2 kali menerusi tandukan ketika perlawanan semalam.

Siapa Park Kwang-Il

Tetapi siapakah beliau? Park Kwang-Il merupakan pemain tengah yang pernah beraksi di liga seperti Indian Super League serta mempunya pengalaman beraksi di liga divisyen 2 di Jepun.

Berikut adalah sedikit profil mengenai pemain dari Korea Selatan ini:

  • Nama: Park Kwang-Il
  • Usia: 26 tahun (10 Februari 1991)
  • Posisi: Pemain tengah kiri, pertahanan kiri
  • Rekod bersama pasukan kebangsaan: 3 kali mewakili Korea Selatan B-20 dan 4 kali mewakili Korea Selatan B-23
  • Tinggi: 173 sentimeter
  • Jumlah penampilan senior peringkat kelab: 41 penampilan
  • Jaringan sepanjang karier senior: 1 gol
  • Bantuan gol sepanjang karier senior: 4 bantuan gol
  • Kelab terakhir: Ehime FC (Jepun)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN