Park Ji-Sung Harap Penyokong Man Utd Berhenti Chanting Lagu Tentangnya

Park Ji-Sung harap penyokong Man Utd berhenti chanting lagu tentangnya dengan permintaan beliau itu disokong sepenuhnya oleh pihak kelab.

Lagu tersebut membawa maksud tentang orang Korea Selatan memakan daging anjing, dan ia sering didengari ketika kariernya di Old Trafford sebelum ini.

Pada awal musim ini, ketika Wolves memperkenalkan Hwang Hee-Chan menjelang aksi bertemu Manchester United, chanting tersebut sekali lagi didengari di dalam stadium.

Park tidak dinafikan lagi antara pemain dari benua Asia yang paling berjaya dalam dunia bola sepak profesional dan tidak keterlaluan juga beliau antara yang terhebat sepanjang zaman.

Legenda Korea Selatan itu merupakan pemain paling digemari di Old Trafford pada era Sir Alex Ferguson dari tahun 2005 hingga 2012.

Dek kerana beliau antara pemain paling disenangi dan disayangi, peminat menyediakan lagu khas untuk Park Ji-Sung, dan sering chanting lagu tersebut untuknya.

Beliau sendiri secara semula jadinya sangat suka dengan chanting tersebut, namun kini beliau merasa tidak selesa dengan maksud sebalik lagu itu, untuk generasi baru.

Lagu itu yang turut mengandungi lirik mengkritik penyokong Liverpool, masih didengari di Old Trafford dan baru-baru ini, ketika United beraksi bertemu Wolves di Molineux, para peminat masih chanting lagu yang sama.

Pemain pinjaman dari RB Leipzig, Hwang Hee-Chan juga merupakan pemain dari Korea Selatan, dan Park merasa sangat sedih dan terkilan apabila rakan senegaranya itu terpaksa mendengar chanting tersebut.

Menggunakan nama yang beliau ada sebagai legenda di Old Trafford, Park merayu kepada para penyokong supaya menghentikan chanting tersebut.

Beliau turut menjelaskan bagaimana lagu itu sebenarnya sangat menyakitkan hati untuk generasi baru di Korea.

“Di Korea, banyak perkara yang sudah berubah.”

Jelas beliau kepada UTD podcast.

“Memang betul dalam sejarah kami ada memakan daging anjing, tapi hari ini, terutama sekali untuk generasi muda, mereka benar-benar membencinya. Budaya itu sudah berubah.”

“Saya benar-benar minta maaf untuk dia (Hwang) kerana terpaksa mendengar itu. Saya tahu penyokong United tidak bermaksud untuk menyinggung dia dengan lagu itu, tapi saya masih tetap perlu beritahu penyokong supaya berhenti guna perkataan makan anjing, yang mana pada ketika ini ia merupakan satu hinaan berunsur perkauman untuk orang Korea.”

“Kata-kata itu sangat menyinggung perasaan orang Korea, dan saya rasa sangat kasihan kepada pemain muda yang mendengar lagu-lagu seperti itu.”

Park telah menjadi duta untuk Manchester United selepas beliau mengumumkan persaraannya pada 2014 yang lalu.

Sepanjang kariernya di Old Trafford, Park Ji-Sung berjaya memenangi empat gelaran liga dan satu gelaran Champions League.

Pemain midfield versatile itu turut menjadi wira sejati Korea Selatan, dengan beliau pernah membuat lebih 100 penampilan di pentas antarabangsa.

Park Ji-Sung turut berjaya menjaringkan 13 gol untuk skuad kebangsaan Korea Selatan dan turut membuat penampilan dalam tiga edisi Piala Dunia sebelum bersara dari dunia bola sepak.

“Saya sangat berharap agar penyokong berhenti menyanyi lagu itu.”

Tambah Park Ji-Sung lagi.

“Kerana ia akan membuatkan orang Korea rasa tidak selesa kerana mendengar lagu itu. Jadi ini masanya untuk berhenti menyanyikannya.”

Manchester United sendiri telah mengeluarkan kenyataan mereka dalam menyokong permintaan dari Park Ji-Sung itu, dengan menyatakan:

“Manchester United sepenuhnya menyokong komen Ji-Sung dan menggesa peminat untuk menghormati permintaan dia.”

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN