Park Hang-seo Selar Jurulatih Thailand Akira Nishino Kerana Menuduh Pemain Vietnam Tidak Profesional

Pakar taktikal Korea Selatan yang juga ketua jurulatih pasukan kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo telah menyelar pengendali Thailand, Akira Nishino selepas jurulatih dari Jepun ini menuduh pemain Vietnam bertindak tidak profesional semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 pada bulan lepas.

Dalam aksi pembukaan kumpulan G di Bangkok itu, Thailand dan Vietnam terikat tanpa jaringan, tetapi kedua-dua pasukan kemudiannya telah mencatatkan dua kemenangan berturut-turut dan masing-masing menghuni kedudukan pertama dan kedua kumpulan dengan kutipan tujuh mata selepas tiga perlawanan.

Bagaimanapun, jurulatih warga Jepun itu pada awal bulan ini secara tiba-tiba  telah mengungkit kejadian yang berlaku sewaktu berlangsung perlawanan di antara kedua-dua pasukan dengan mendakwa pemain Vietnam mengamalkan taktik membazir masa untuk mendapat kelebihan meraih satu mata di tempat lawan.

“Ianya berlaku di hadapan saya dan saya merasakan pemain Vietnam berpura-pura cedera dengan tujuan mahu melengahkan permainan. Jadi saya memaki dalam bahasa Jepun dan menyuruh mereka segera bangun untuk menyambung permainan.” kata Nishino.

“Seperti yang saya lihat, bagi sebahagian negara yang tahap kualiti bola sepak mereka agak rendah dan sederhana, masa bermain mereka mungkin kurang dari 90 minit. Jadi mereka cuma benar-benar bermain bola sepak dalam 50 – 60 minit sahaja.

“Dalam negara yang sedang membangun, pemainnya berusaha keras untuk mendapat keputusan yang baik selagi pengadil belum meniup wisel penamat.” kata bekas pengendali skuad Samurai Biru itu lagi.

Dan kini, perang mulut berlaku apabila tiba giliran rakan sejawatnya di Vietnam, Park Hang-seo pula melancarkan serangan balas ke atas Nishino menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada 19 November ini.

https://twitter.com/VietFooty/status/1189162990144278528?s=19

“Saya ada dengar yang jurulatih Thailand mengkritik Tien Dung [pemain Vietnam]. Tetapi menurut saya, sebagai ketua jurulatih negara, kita perlu berhati-hati untuk memberi komen terhadap pemain pasukan lawan.” ujar Park.

“Kita perlu lihat dahulu wajah kita pada cermin sebelum mahu mengkritik pihak lain. Dalam kejohanan Piala Diraja Thai 2019 tempoh hari, ramai pemain Thailand yang melakukan perkara yang sama.

“Saya tidak pernah mengajar anak buah saya untuk bertindak sedemikian dan kami tidak tergamak untuk melakukan tindakan seperti itu.” kata bekas pemain antarabangsa Korea Selatan itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN