Pening Park Hang-seo apabila penjaga gol utama Vietnam, Dang Van Lam tiada dalam skuad untuk baki tiga perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Dang Van Lam hanya melepaskan satu gol dalam lima perlawanan sebelum ini iaitu ketika berdepan Indonesia yang menyaksikan mereka menang 3-1 di tempat lawan. Dalam perlawanan lain, beliau kebal, langsung tidak dibolosi termasuk berdepan UAE.
Dengan ketiadaannya, pengendalinya itu terpaksa memanggil dua penjaga gol yang hanya memiliki satu kaps antarabangsa termasuk penjaga gol yang kembali daripada persaraan tahun lalu, Bui Tan Truong untuk berdepan Indonesia, Malaysia dan UAE.
Park Hang-seo dikhabarkan tidak mahu mengambil risiko memanggil Dang Van Lam yang beraksi di J-League bersama Cerezo Osaka apabila rakannya di kelab itu didapati dijangkiti COVID-19 baru-baru ini dan telah memilih untuk mengambil risiko ini.
His absence is undoubtedly a huge blow for 🇻🇳 Vietnam as they look to advance in the joint-qualifiers for the @FIFAWorldCup and @afcasiancup.
But Dang Van Lam is backing his international team-mates to rise to the occasion and get the job done. #AsianQualifiers pic.twitter.com/m3zOnyd7xi
— ESPN Asia (@ESPNAsia) June 5, 2021
Bui Tan Truong bukanlah penjaga gol yang digemari para penyokong. Sepanjang enam penampilannya bersama skuad senior, kesilapannya telah menyumbang kepada enam gol pihak lawan termasuk dua gol ketika berdepan Malaysia di Piala AFF 2010.
Untuk rekod, dalam aksi tertutup mereka berdepan Jordan baru-baru ini, dilaporkan beliau telah menguji ketiga-tiga penjaga gol. Mereka terikat dengan keputusan 1-1 dengan mereka terlebih dahulu ketinggalan sebelum menjaringkan gol penyamaan.
Dan, nampaknya beliau tidak berpuas hati dengan apa yang dilihatnya daripada ketiga-tiga penjaga gol apabila dalam sesi latihan selepas itu, beliau menghabiskan masa bersama penjaga gol. Pemain-pemain lain dikendalikan barisan kejurulatihan lain.
Bui Tan Truong yang berusia 35 tahun merupakan calon utama untuk menjaga gawang Naga Emas berdasarkan fizikalnya yang tinggi lampai, gaya permainan dan juga pengalaman. Tetapi, sejarah lamanya mungkin sedikit merungsingkan.
Park Hang-seo Bawa Bui Tan Truong, 'Keeper' Yang 'Dicekik' Kerana Tewas Kepada Malaysia https://t.co/y4nNwiqR7T
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) June 5, 2021
Namun, beliau yang pernah jauh hati untuk menyarung jersi Vietnam akibat kecaman penyokong kini bertekad untuk membantu mereka menjuarai saingan Kumpulan G.
Selepas aksi tertutup berdepan Jordan, sekali lagi Park Hang-seo menunjukkan sikap berhati-hatinya. Ketika pasukannya tiba ke Stadium Rashid untuk sesi latihan, beliau telah membatalkan sesi bertemu wartawan dengan pemainnya, Nguyen Tien Linh.
Dan selepas beberapa ketika, beliau dilihat meluru ke sesi latihan penjaga gol dan menghabiskan masanya bersama mereka. Ini menunjukkan betapa beliau risau dengan posisi tersebut selepas mereka kehilangan khidmat Dang Van Lam.
Sselepas 20 minit, menurut laporan VNExpress, Park Hang-seo telah meminta semua wartawan untuk meninggalkan sesi latihan kerana mahu membuat sesi tertutup.
Vietnam sedang mendahului kumpulan dengan 11 mata, dua mata di depan UAE, Thailand dan Malaysia. Mereka memerlukan tujuh mata untuk memastikan mereka layak ke pusingan terakhir kelayakan Piala Dunia buat kali pertama dalam sejarah.
Baca lagi artikel lain mengenai Vietnam dan skuad kebangsaan:
Pernah Tuduh Tan Cheng Hoe Intip Pasukan, Park Hang-seo Terus Paranoid Taktik Licik Sendiri
Kalah Kepada UAE, Pemain-Pemain Kacukan Harimau Malaya Akhirnya ‘Bersuara’
7 Perkara Mengenai Pertemuan UAE VS Malaysia Yang Perlu Anda Tahu