Walaupun Vietnam Menang, Park Hang-seo Garis 2 Perkara Yang Mengecewakannya

park hang seo

Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang-seo menggariskan dua perkara selepas menyaksikan pasukannya berhempas pulas sebelum berjaya menewaskan Indonesia 1-0 dalam aksi Kumpulan K, pusingan kelayakan Kejohanan AFC B-23 2020, malam tadi.

Park dilihat masuk awal ke bilik persalinan selepas bersalaman dengan pengendali Indonesia, Indra Sjafri sejurus perlawanan tamat dan riak wajahnya ketika itu menunjukkan kekecewaan.

“Saya masuk awal (selepas perlawanan) disebabkan saya tidak gembira, kecewa dengan diri saya dan cara permainan pasukan saya hari ini,” jelas Park dipetik daripada Foxsports Asia.

Park mengakui yang pasukannya sangat bertuah pada perlawanan hari ini selepas meraih gol di minit akhir perlawanan dan merekodkan 6 mata maksimum selepas dua perlawanan.

“Hari ini kita bertuah. Kita berjaya meraih kemenangan tetapi sebagai jurulatih saya tidak berpuas hati dengan aksi yang telah dipamerkan mereka pada hari ini.

“Ada dua sebab; pertamanya, tiada permainan berpasukan dan tiada kerjasama antara pemain. Semuanya bermain secara individu.

“Kedua, tidak kira betapa susahnya perlawanan tersebut, pemain seharusnya kekal fokus bertahan dan menyerang. Ketika ini, saya lihat para pemain seperti kehilangan ‘sesuatu’.

“Secara keseluruhannya, perlawanan ini telah menunjukkan yang kita tidak begitu bersedia untuk kejohanan ini (pusingan kelayakan),” tambahnya lagi.

Jaringan di minit-minit kecederaan oleh Trieu Viet Hung sebelum wisel penamat dibunyikan membolehkan Vietnam meraih kemenangan kedua selepas 2 perlawanan.

Pengendali asal Korea Selatan itu membuat pertukaran taktikal seawal babak pertama lagi dengan mengeluarkan Truong Van Thai Quy dan membawa masuk Tran Thanh Binh.

Ini menunjukkan yang Vietnam sedang bergelut untuk merencana gerakkan ke kubu Indonesia yang tewas 0-4 dalam perlawanan pertama kepada Thailand yang kini berada di puncak liga.

Skuad Naga Emas itu berada di kedudukan kedua ketika ini dan perlawanan terakhir peringkat kumpulan nanti bakal menemukan mereka dengan seteru Asia Tenggara, Thailand, malam esok.

Naib juara Kejohanan AFC B-23 edisi lalu itu perlu memastikan mereka meraih kemenangan untuk memintas kedudukan Thailand seterusnya layak ke pusingan akhir selaku juara kumpulan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN