Bukan hanya perang psikologi, nampaknya Park Hang-seo dan Shin Tae-yong bermain dengan nombor jersi dalam pertembungan Vietnam dan Indonesia, baru-baru ini.
Kedua-duanya yang merupakan jurulatih kelahiran Korea Selatan tampaknya memiliki persamaan dari segi permainan minda. Dalam aksi Kumpulan G, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, kedua-duanya saling cuba memperdaya antara satu sama lain.
Indonesia misalnya, telah menukar 15 nombor pemain daripada 23 yang didaftarkan untuk aksi tersebut. Hanya lapan pemain kekal dengan nombor dalam pertembungan sebelumnya seperti penjaga gol, Nadeo Argawinata yang tetap dengan jersi nombor 1.
Selainya, dua bek tengah Arif Satria menggunakan nombor jersi yang sama iaitu 2, Rizky Ridho (4) serta Evan Dimas dengan jersi nombor 6. Pemain-pemain lain yang ditukarkan nombor jersi adalah antaranya Syahrian Abimanyu daripada 17 menjadi 8.
Shin Tae-yong dan Kegemaran Acak-acak Nomor Punggung Pemain Timnas Indonesia https://t.co/Psyll0z3Fj
— KompasBola (@KompasBola) June 8, 2021
Selain pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) itu, turut bertukar nombor jersi adalah pemain-pemain utama lain seperti Egy Maulana Vikri daripada 10 ditukar menjadi 7, Kushedya Hari Yudo (9 ke 14) serta Witan Sulaeman daripada 8 menjadi 16.
Ini yang hampir memerangkap Park Hang-seo sebelum berjaya bangkit untuk meraih kemenangan ke-4 mereka, mengatasi Sang Garuda dengan keputusan 4-0. Semua gol Vietnam dihasilkan di babak kedua, selepas terikat tanpa jaringan di babak pertama.
Vietnam akhirnya mula mencetak gol pada minit ke-51 menerusi Nguyen Tien Linh, diikuti Nguyen Quang Hai (62′), Nguyen Cong Phuong (67′) dan Vu Van Thanh (74′).
Mungkin menyedari sesuatu tidak kena dengan aksi pemainnya, Park Hang-seo telah mengubahnya untuk babak kedua dan tampak berhasil seawal enam minit pertama.
Untuk kem Vietnam pula, selain hanya membenarkan media berada di sesi latihan mereka selama 15 minit awal, Park Hang-seo turut dikesan mengarahkan pemain-pemainnya menggunakan jersi tanpa nombor untuk sesi latihan terakhir mereka.
Park Hang-seo Hanya 'Berlatih' Dengan Penjaga Gol, Wartawan Diminta Pulang https://t.co/4C7u4wPSk7
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) June 6, 2021
Mungkin risau taktikal pasukannya diintai Shin Tae-yong menerusi gambar-gambar sesi latihannya, Park Hang-seo buat kali pertamanya menggunakan kaedah itu.
Atas faktor yang sama juga, mereka dikesan menukar nombor jersi dalam aksi terakhir pemanas badan berdepan Jordan dengan aksi berdepan Indonesia. Faktor yang sama mungkin difikirkan oleh Park Hang-seo, lawan telah ‘mengintai’ sesi latihan mereka.
Kebanyakkan pemain mungkin sukar untuk dikenal pasti lawan kecuali pemain-pemain ternama, jadi selalunya pasukan lawan akan mengenal pasti nombor jersi mereka.
Seperti dalam sidang media Malaysia berdepan UAE, jika anda ingat Aidil Zafuan ketika ditanya pemain berbahaya lawan, beliau telah menyebut pemain berjersi 7 dan 15.
Malaysia harus berhati-hati kerana mungkin cara yang sama bakal digunakan lagi oleh Park Hang-seo sebelum aksi berdepan Malaysia ataupun mungkin beliau akan meniru cara yang dilakukan oleh Shin Tae-yong yang hampir-hampir memerangkapnya.
Baca lagi artikel lain mengenai Vietnam dan Indonesia:
4 Jurulatih Piala Dunia Yang ‘Dijinakkan’ Park Hang-seo Selain Shin Tae-yong
Tekad Benam Vietnam, Tan Cheng Hoe Yakin Pengalaman De Paula Mampu Bantu Pasukan
Shin Tae-yong Berang Dengan Penterjemah Indonesia Di Sidang Media