Paris Saint-Germain Janji Akan Lepaskan Neymar Ke Real Madrid Dengan Satu Syarat

Paris Saint-Germain (PSG) akan melepaskan pemain termahal dunia, Neymar ke Real Madrid sekiranya bintang Brazil itu berjaya membantu pendahulu Ligue 1 tersebut menjuarai Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Menurut laporan daripada Goal, presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi telah berjanji kepada pemain berusia 25 tahun itu bahawa beliau akan dibenarkan berhijrah ke Sepanyol seandainya berupaya membawa PSG mencipta sejarah menjuarai saingan Eropah yang diidam-idamkan.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Neymar dikatakan telah memberitahu kepada rakan terdekatnya dengan mengimpikan dapat kembali ke Sepanyol bagi menjadi sebahagian daripada bintang di Santiago Bernabeu.

Desas-desus itu kedengaran tidak sampai semusim Neymar meninggalkan Barcelona untuk beraksi bersama PSG dengan nilai perpindahan tertinggi di dunia yang menelan belanja mencapai €222 juta.

Walaupun sedang menikmati karier bola sepak yang hebat di Paris dengan mencipta 23 jaringan daripada 24 perlawanan yang dilaluinya, beliau jelas tidak menyembunyikan keinginannya untuk beraksi di Real Madrid.

Perkara tersebut tidaklah begitu memeranjatkan kerana beliau telah memasang impian untuk menyarung jersi Real Madrid sejak berusia 13 tahun.

Neymar
PARIS, FRANCE – NOVEMBER 22: Neymar of PSG scores his team’s first goal during the UEFA Champions League group B match between Paris Saint-Germain and Celtic FC at Parc des Princes on November 22, 2017 in Paris, France. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Neymar telah menjalani sesi pemilihan selama 20 hari di Madrid pada tahun 2006 dan impian tersebut hampir menjadi kenyataan pada tahun 2013. Namun, Barcelona akhirnya berjaya mendapatkan khidmat Neymar yang ketika itu beraksi bersama Santos.

Presiden Real Madrid, Florentino Perez masih berharap agar Neymar dapat menyertai skuad Los Blancos dan menggesa pemain tersebut mengejar impian untuk memenangi anugerah Ballon d’Or bersama kelabnya.

Perez memberitahu kepada wartawan selepas menyaksikan Cristiano Ronaldo memenangi gelaran tersebut buat kali kelima pada Disember tahun lalu: ”Menjadi pemain di Madrid akan membuatkan anda mudah untuk memenangi Ballon d’Or.”

”Real Madrid adalah satu kelab yang memberikan segala yang diperlukan untuk menjadi pemain yang besar dan hebat, semua orang mengetahui bahawa saya mahu menandatanganinya pada satu ketika.”

PSG dan Real Madrid akan bertemu sesama sendiri dalam saingan 16 pasukan terbaik di Liga Juara-Juara Eropah.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN