Parah ‘Dikokak’ Laos, Adakah 5 Tahun Lagi Malaysia Bakal Setaraf Sri Lanka?


Tidak keterlaluan untuk mengatakan bola sepak Malaysia pada hari ini berada pada ‘zaman gelap’. Selepas episod memalukan skuad kebangsaan di pentas Piala AFF Suzuki 2020 di Singapura tempoh hari, kini skuad muda negara pula berdepan dengan keaiban di pentas Piala AFF B-23.

Lebih teruk lagi, mereka disingkirkan oleh pasukan yang selama ini dianggap ‘kerdil’ di rantau ini iaitu Laos. Malah kita juga amat bernasib baik kerana tidak berdepan dengan Indonesia yang sedang berada pada prestasi terbaik, namun terpaksa menarik diri kerana serangan Covid-19.

Siapa pernah sangka, Laos yang berada di kedudukan 187 dalam ranking dunia dengan mudah berjaya memperkotak-katikkan skuad kendalian Brad Maloney di Kemboja.

Selepas tewas mengejut 2-1 dalam perlawanan pertama tempoh hari, aksi pada malam tadi lebih mengecewakan sehingga tewas dengan 2-0 kepada anak buah Hans Michael Weiss itu menjadikan agregat 4-1.

Ia pastinya bukan satu perkara yang mahu dilihat oleh peminat bola sepak di negara ini. Malah ia juga sebagai satu isyarat jelas bahawa kerosaka ini bukan hanya melibatkan skuad senior tetapi sudah merebak sehingga ke peringkat akar umbi.

Cara pemain-pemain skuad B-23 beraksi di Phnom Penh seolah-olah asas utama bermain bola sepak seperti tiada dalam falsafah permainan kita.

Adakah kali ini ketua jurulatih akan dijadikan ‘kambing hitam’ untuk dipersalahkan?

Jadi, bagaimanakah sebenarnya masa depan bola sepak negara kita? Jika hari ini pemain-pemain muda kita berada di bawah pasukan seperti Laos, tidak mustahil dalam tempoh 5 tahun akan datang kita hanya setaraf dengan Sri Lanka yang kini berada di kedudukan 204 dunia.

Setakat ni kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih menagih sokongan dan meminta agar penyokong skuad Harimau Malaya berikan peluang kepada mereka untuk mengubah nasib bola sepak negara.

Berilah justifikasi apa sekalipun, hakikatnya keputusan-keputusan melibatkan skuad kebangsaan di pentas antarabangsa jelas menunjukkan kita menuju ke arah kemunduran dan bukannya kemajuan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN