Para Pemain La Liga Sedia Mogok, Mahu Halang Rancangan Bermain Di USA

Nampaknya isu kini sudah menjadi semakin hangat.

Sebelum ini, kami ada melaporkan mengenai keputusan La Liga untuk mengadakan perlawanan kompetitif mereka di luar Sepanyol dengan Amerika Syarikat dan Kanada menjadi destinasi pilihan.

Namun, ianya telah dibantah oleh 20 kapten pasukan La Liga dalam satu kenyataan rasmi.

Terbaharu menerusi laporan Cope, para pemain La Liga telah mengancam untuk melakukan mogok andai keputusan beraksi di benua Amerika Utara itu menjadi kenyataan.

Menurut David Aganzo yang merupakan Presiden Persatuan Pemain Profesional Sepanyol (AFE) mengatakan tindakan yang dilakukan oleh La Liga ini jelas tidak berasas.

“Semua pemain jelas menentang idea ini. Mereka terkejut dan berang dengan keputusan ini. Mereka semua memihak kepada AFE.”

“Masalah utama kepada hal ini adalah kerana kekurangan logik akal dalam perkara ini. Kita sudah mula membiasakan diri dengan perkara yang tidak normal lagi.”

“Kita sudah mula membiasakan diri dengan situasi bermain bola sepak yang menguntungkan Jepun dan Amerika Syarikat, pemain dari Arab Saudi yang membayar untuk bermain. Semua ini bukan perkara biasa yang kita lakukan.”

BARCELONA, SPAIN – MAY 06: Lionel Messi of FC Barcelona shoots towards goal during the La Liga match between Barcelona and Real Madrid at Camp Nou on May 6, 2018 in Barcelona, Spain. (Photo by David Ramos/Getty Images)

Aganzo mengakui yang terdapat hakikat yang mengatakan ada kelab La Liga yang sebenarnya bersetuju dengan cadangan beraksi di Amerik Utara ini.

Namun beliau memilih untuk tidak mendedahkan kelab manakah yang bersetuju dan menentang usul tersebut.

Tetapi perkara yang menjadi keutamaan Aganzo adalah penyokong bola sepak di Sepanyol.

“Para pemain di La Liga ini bukannya bahan jualan, kami memikirkan mengenai peminat dan juga banyak perkara lain.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN