Lagenda AC Milan Paolo Maldini Kini Merupakan Pemain Tenis Profesional!

Siapa sangka, Paolo Maldini kini menjadi pemain tenis!

Lagenda AC Milan kini sudah berusia 49 tahun namun ia tidak menghalang beliau untuk menjadi pemain tenis profesional.

Beliau melakukan penampilan pertama beliau sebagai pemain tenis profesional adalah ketika kejohanan Aspria Tennis Cup dalam siri ATP Challenger dengan menjadi pemain wild card.

Beliau menyertai acara beregu dengan bergandingan dengan Stefano Landonio iaitu jurulatih beliau yang juga merupakan bekas pemain tenis profesional.

Menurut Landonio, Maldini mempunyai segala yang diperlukan untuk menjadi pemain tenis yang cukup baik.

“Maldini mempunyai servis yang cukup baik serta mampu menghasilkan pukulan-pukulan yang mantap juga.”

Walaupun begitu menurut Landonio, jika Maldini bermain tenis lebih awal pasti beliau mampu pergi jauh dalam karier tenis.

Hal ini kerana, Maldini cuma bermain tenis sejak 5,6 tahun yang lepas sahaja.

“Sudah semestinya ada jurang diantara teknik yang dimiliki oleh Maldini dengan pemain lain.”

“Jika beliau bermain tenis lebih awal, siapa sangka beliau boleh menjadi pemain tenis yang cukup hebat?”

Siri ATP Challenger merupakan siri kelas kedua bagi jelajah tenis profesional di dunia.

Siri jelajah utama bagi sukan ini adalah siri ATP Masters Series.

Sumber:

  1. ESPN (2017): AC Milan legend Paolo Maldini set for ATP tennis debut in Aspria Tennis Cup; http://www.espnfc.com/italian-serie-a/story/3145108/ac-milan-legend-paolo-maldini-set-for-atp-tennis-debut

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN