“Pantang Berundur Sebelum Berjuang” – Hamidin Optimis Barisan Pemain Muda Negara Mampu Cipta Sesuatu

Malam ini skuad kebangsaan bawah 23 (B-23) bakal berdepan tuan rumah, Vietnam dalam aksi separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA 2021 di Stadium Viet Tri dalam misi untuk menempah tiket ke pentas akhir.

Setelah merekodkan keputusan yang sangat baik pada peringkat kumpulan dengan tiada sebarang kekalahan, Malaysia berada dalam momentum terbaik untuk melakar sesuatu berdepan Vietnam.

Pada dua perlawanan terakhir skuad kendalian Brad Maloney sebelum ini, Malaysia hanya mencatat dua keputusan seri, namun itu bukan suatu penghalang untuk mereka memberikan aksi lebih baik pada malam ini bertemu anak-anak buah Park Hang-seo.

Semalam, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin telah hadir sendiri untuk bertemu para pemain serta staf skuad muda kebangsaan di Hotel Muong Thanh, Phu To bagi meninjau sendiri persiapan pasukan negara.

Walaupun menyedari misi getir yang bakal dihadapi oleh para pemain pada aksi malam ini, Hamidin melaungkan rasa optimis pada pasukan negara untuk berdepan Vietnam meskipun sedar tuan rumah bakal mendapat sorakan padu para penyokong tempatan.

“Saya tetap berbangga dengan pencapaian skuad muda negara tidak kira apa jua keputusan yang berlaku pada malam esok.

“Namun kata orang, ‘pantang berundur sebelum berjuang’ dan kita harus ingat bahawa sentimen anak Malaysia adalah pantang menyerah dan pantang dicabar.

“Harapan saya adalah pemain-pemain bermain demi negara, bukannya untuk nama kerana apabila kita berjuang demi Malaysia, auranya inilah bakal menjadi penyuntik motivasi terbaik untuk kita berdepan Vietnam nanti,” kata Hamidin menerusi laman Facebook rasmi FAM.

Sebelum ini Hamidin juga telah memberi kata-kata semangat buat skuad kebangsaan menjelang aksi mereka menerusi pertemuan secara maya untuk menyemarakkan semangat para pemain.

Ketrampilan beliau yang sentiasa optimis itu dilihat sebagai suatu perkara perlu dicontohi oleh para pemain untuk beraksi dengan lebih bagus sekali gus mengharumkan nama negara.

Sumber:
FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN