Panenka Pirlo ‘Bunuh’ Keyakinan Joe Hart, Itukah Cubaan Nazarov Kepada Syihan?

Panenka England Itali Pirlo Joe Hart Nazarov Syihan 2022

Penyokong Malaysia tentunya bersorak gembira saat Akhtam Nazarov gagal memperdaya Syihan Hazmi menerusi sepakan penalti ‘panenka’.

Sorakan dan ejekan yang mungkin hanya bertahan beberapa saat sahaja.

Selepas itu, Tajikistan menyempurnakan tiga sepakan penalti sementara Malaysia gagal meledak waima satu gol penalti untuk skuad Singa Parsi itu akhirnya telah menjulang kejuaraan 48th King’s Cup 2022 di Chiang Mai.

Ia adalah kejuaraan pertama mereka dalam debut di kejohanan tersebut.

King’s Cup: Malaysia Tumbang Ditangan Tajikistan Menerusi Penentuan Sepakan Penalti

Perlawanan telah berlangsung dalam keadaan hujan lebat di babak pertama sehingga mengganggu hampir keseluruhan permainan kedua-dua pasukan.

Waima hujan reda di babak kedua, ia masih sedikit sebanyak memberi gangguan kepada rentak dan gaya permainan Malaysia dan Tajikistan.

Walaupun Tajikistan menguasai permainan, mereka gagal untuk mencipta peluang lebih baik ketika membuat percubaan, setelah pertahanan negara dilihat berjaya mengekang pergerakan yang direncanakan pihak lawan.

Mereka hampir meraikan gol pertama mereka pada minit ke-84 menerusi pemain gantian iaitu Rustam Soirov, namun jaringan tersebut dibatalkan kerana penyerang itu sudah pun dikesan berada dalam kedudukan ‘offside’.

Penalti akhirnya menjadi jalan penyelesaian untuk mencari pemenang. Singa Parsi telah menundukkan Harimau Malaya dengan keputusan 3-0.

Ketika penentuan sepakan penalti, kapten Tajikistan, Akhtam Nazarov telah diarahkan pengendali, Petar Segrt untuk mengambil sepakan pertama. Dan beliau mengambilnya dengan gaya tersendiri yang hampir memakan diri.

Cubaannya untuk membuat panenka gagal memperdaya penjaga gol Malaysia, Syihan Hazmi yang kemudian sempat menangkap kemas bola yang terlalu perlahan dilambung Nazarov menuju ke tengah gawang gol.

Ia sepatutnya menjadi ‘turning point’ untuk Malaysia meraih kemenangan.

Sebaliknya, di saat lawan ‘terbunuh’ akibat tindakan sendiri, Malaysia juga gagal menyempurnakan penalti pertama apabila rembatan Dion Cools berjaya ditepis Rustam Yatimov. Ia memberi semula kelebihan buat lawan.

Adakah tindakan Nazarov itu sebenarnya satu cubaan untuk meranapkan tahap keyakinan Syihan yang cemerlang dalam penentuan sepakan penalti ketika berdepan Thailand, sebelum itu? Ini cumalah satu teori mengenainya.

Masih ingat bagaimana penjaga gol England, Joe Hart ditewaskan maestro Itali, Andrea Pirlo ketika sepakan penalti di kejohanan Euro 2012? Ia juga menerusi sepakan penalti penanka yang dilakukan dengan cukup bergaya.

England dihantar pulang oleh Itali di peringkat suku akhir selepas tewas penentuan sepakan penalti 2-4. Adakah ia memberi kesan terhadap Hart?

Beliau hadir ke kejohanan tersebut dengan keyakinan yang tinggi, malah ‘Three Lions’ menamatkan peringkat kumpulan dengan tujuh mata.

Menanti mereka di suku akhir adalah juara Eropah dua kali, Itali. Dalam masa sebenar, kedua-dua pasukan terikat dengan kedudukan tanpa jaringan dan pemenang akan ditentukan menerusi sepakan penalti.

Semua tahu rekod buruk England berdepan dengan penentuan sepakan penalti, tetapi dengan Hart yang berprestasi baik di gawang, ia melegakan.

https://twitter.com/ManuelMenacho0/status/1516314228990398464

Pirlo menjelaskan selepas itu yang tindakannya membuat panenka itu telah memberi kesan secara psikologi kepada Hart dan ia berbaloi untuk Itali.

“England bermain dengan sangat berhati-hati. Mereka hanya bertahan seperti yang Chelsea lakukan di final Champions League. Bagi mereka, membawa aksi ke penentuan penalti adalah keputusan yang terbaik.”

“Cara saya mengambil penalti relevan kepada keputusan perlawanan dan kemenangan kami. Ia mengubah perjalanan perlawanan tersebut.”

“Joe Hart telah membuat gerakan pelik untuk ganggu pemain yang ambil sepakan penalti. Jadi, apabila tiba giliran saya, saya buat keputusan untuk ‘ranapkan’ keyakinannya dengan sebuah panenka.”

Jadi, adakah panenka Akhtam Nazarov adalah satu cubaan mereka untuk ranapkan keyakinan dan kecemerlangan Syihan Hazmi? Bincangkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN