Panduan Ringkas Untuk The Best Fifa Awards 2016

Ia adalah anugerah berprestij tahunan oleh FIFA. Namun kali ini FIFA berpisah dengan Ballon d’Or untuk anugerah pemain terbaik tahunan.

Anda mesti tertanya-tanya rupa trofi FIFA Best yang menggantikan Ballon d’Or. FIFA semalam sudah mengeluarkan imej trofi tersebut.

Macamana, cantik tak? Dari segi rekaan ia seakan-akan tidak mahu dikaitkan dengan bola emas yang disebut Ballon d’Or.

Apakah Anugerah Yang Dipertandingkan?

  • The Best Fifa Men’s Player/Pemain Lelaki Terbaik FIFA
  • The Best Fifa Women’s Player/ Pemain Wanita Terbaik FIFA
  • The Best Fifa Men’s Coach / Jurulatih Lelaki Terbaik FIFA
  • The Best Fifa Women’s Coach/ Jurulatih Wanita Terbaik FIFA
  • The Fifa Fair Play Award / Anugerah Fair Play FIFA
  • The Fifa Puskás Award / Anugerah Puskas
  • The Fifa Fan Award / Anugerah Penyokong Terbaik FIFA
  • Fifa Fifpro World11 / Kesebelasan Tahunan FIFA

 
Bila?

Ia akan berlangsung pada awal pagi Selasa, jam 1.30 waktu Malaysia.

Di Mana?

Ia berlangsung dari HQ FIFA di Zurich, Switzerland.

Ada Siaran Langsung?

Ada! Anda boleh mengikuti Astro Arena 801/802, Astro Super Sports 811/814

Siapa Finalis?

Pemain Lelaki Terbaik FIFA

Lionel Messi (Barcelona & Argentina)
Antoine Griezmann (Atletico Madrid & Perancis)
Cristiano Ronaldo (Real Madrid & Portugal)

Pemain Wanita Terbaik FIFA

Melanie Behringer (Bayern Munich & Jerman)
Carli Lloyd (Houston Dash & Amerika Syarikat)
Marta (Rosengard & Brazil)

Jurulatih Lelaki Terbaik FIFA

Claudio Ranieri (Leicester City)
Fernando Santos (Portugal)
Zinedine Zidane (Real Madrid)

Jurulatih Wanita Terbaik FIFA

Jill Ellis (Amerika Syarikat)
Silva Neid (Jerman)
Pia Sundhage (Sweden)

Anugerah Puskás

Marlone (Corinthians vs Cobresal, 2016 Copa Libertadores)

Daniuska Rodriguez (Venezuela vs Colombia, 2016 South American Under-17 Women’s Football Championship)


 
Mohd Faiz Subri (Pulau Pinang vs Pahang, 2016 Malaysian Super League)


 
Penyokong Terbaik FIFA

1. Penyokong pelawat ADO Den Haag membaling mainan comel kepada pesakit kanak-kanak dan petugas hospital Sophia Children’s Hospital di Rotterdam.


 
2. Penyokong Borussia Dortmund dan Liverpool menyanyikan bersama lagu ‘You’ll Never Walk Alone sebagai tanda memperingati tragedi Hillsborough.


 
3. Penyokong Iceland bersama-sama dengan pemain Iceland melakukan Thunderclap selepas pasukan tersebut mencipta sejarah mara ke pusingan kalah mati Piala Eropah.


 
Untuk kesebelasan terbaik tahunan FIFA, yang pasti 3 finalis di atas akan berada dalam kesebelasan. Jadi, tunggu 8 lagi pemain yang akan menyertai mereka.

Akhir sekali, siapakah pilihan anda untuk setiap kategori? Tidak lupa, adakah anda yakin Faiz Subri akan menang kali ini?

Baca juga: 2 Hari Terakhir Anugerah Puskas, Harapan Anak Malaysia Menang Anugerah Beprestij

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN