Beberapa Kaedah Asas Pasukan Eropah Memilih Pengurus Atau Ketua Jurulatih

Memilih pengurus / ketua jurulatih bukan sesuatu yang mudah. Banyak perkara yang harus diambil kira. Berikut adalah mekanisme yang biasa digunakan oleh model pengurusan di Eropah.

Fasa pertama: Senarai awal

Saringan ini akan mengecilkan lagi senarai calon untuk dirunding lagi dalam memilih pengurus. Setelah saringan ini berada di fasa akhir, barulah mereka akan menentukan siapakah calon yang paling sesuai.

Pertimbangan yang diambil kira adalah, jurulatih yang menepati kriteria ataupun paling hampir dengan kriteria yang mereka mahukan.

5 pertimbangan awal yang dibuat untuk memilih pengurus termasuk:

  • Reputasi – apa rekod lampau mereka termasuk rekod sebagai pemain
  • Potensi – ini untuk pengurus baru, adakah mereka ada potensi yang besar, seperti mana dilakukan Barcelona ketika melantik Guardiola
  • Adakah pasukan yang dia uruskan seringkali menewaskan pasukan kita dalam rekod pertemuan
  • Nasihat daripada pakar
  • Nasihat daripada rakan ejen
  • Kejayaan lampau

Selepas itu kita akan bergerak ke fasa kedua dalam usaha memilih pengurus atau ketua jurulatih.

Fasa 2: Budget dan falsafah

Dalam fasa kedua, ianya lebih kepada, mampukah kita? dan mahukah dia?

Saringan kali ini lebih banyak persolan diutarakan di bilik mesyuarat. Lebih banyak fakta dan data yang akan dikeluarkan termasuk tabiat buruk mereka.

Dalam fasa ini juga, semua orang harus jujur dalam penilaian dan tidak ada isu favoritism ketika membincangkan setiap calon. Jika mereka rasakan jurulatih itu tidak bagus, harus ada satu hujah konkrit.

Tidak perlu kenyataan berlapis ataupun takut untuk mempertahankan calon mereka. Antara persoalan yang biasa dihujahkan adalah

  • Adakah mereka sesuai dengan kelab kita? Ada pengurus pakar dalam mengelakkan relegasi. Ada yang pakar dalam menjadikan pasukan di kelompok pertengahan. Ada pengurus jenis pemberi kejuaraan. Aspek ini dipertimbangkan berdasarkan kemampuan kelab. Kelab kecil, sudah pastinya misi utama untuk kekal dalam liga.
  • Adakah taktikal jurulatih tersebut sesuai dengan yang kita mahukan?
  • Apa kelebihan atau kepakaran utama mereka?
  • Adakah pasukan lama yang beliau uruskan berjaya diuruskan dengan baik?
  • Apakah budget kelab dan apa pula sasaran gaji jurulatih
  • Adakah calon memiliki personaliti yang sesuai untuk bekerja dalam struktur kelab?
  • Apa bahasa yang mereka pakai? Bolehkah calon berkomunikasi dengan pemain dan pengurusan?
  • Mampukah jurulatih membangunkan pemain muda?

Fasa ke-3: Aspek tambahan

Fasa ini hampir sama dengan fasa ke-3. Tetapi ia lebih kepada persoalan tambahan yang lebih terperinci. Antara aspek yang dipertimbangkan adalah

  • Adakah skuad sedia ada sesuai dengan calon?
  • Jika tidak, mampukah kelab memberikan dana perpindaha?
  • Jika tak mampu meberikan dana, mahukan calon berusaha membangunkan pemain daripada akademi?
  • Apa permintaan khas jurulatih jika mereka dilantik? Biasanya pengurus mahukan staf kejurulatihan mereka sendiri, ataupun membawa masuk beberapa nama untuk diserap.

Fasa Akhir: Sebelum temuduga

Ini adalah fasa terakhir ddalam memilih pengurus sebelum menemuduga beberapa calon akhir. Fasa ini ada panel khas yang mengeluarkan calon akhir untuk dihantar ke panel temuduga.

Jurulatih akan dihubungi untuk temuduga dan mereka akan membincangkan apa sahaja. Untuk menemuduga jurulatih ia memerluka satu temuduga yang sangat teliti.

Rundingan gaji, dan juga apa hala tuju kelab dan calon pengurus. Berdasarkan perkongsian bekas Pengarah Sukan Chelsea, Michael Emenalo, akan ramai jurulatih yang berbohong.

Terutama sekali melibatkan persoalan taktikal dan juga kemahuan mereka membangunkan pemain muda.

Ia sudah menjadi lumrah dalam temuduga di mana manusia akan lebih mengutamakan peluang untuk dapat kerja berbanding dengan jujur.

Mereka kadangkala membentangkan aspek taktikal yang komplesks dan moden kepada panel. Namun sebelum ini, pasukan yang mereka uruskan nampak tiada bermain seperti itu.

Tetapi, panel haruslah bijak. Itulah sebab anda harus kembali kepada fasa 2 untuk melihat adakah jurulatih ini betul-betul boleh mendukung falsafah dan adakah mereka tidak terlalu bergantung kepada wang perpindahan untuk membentuk pasukan.

Untuk pasukan yang kaya raya, tiada masalah untuk memberikan peluang kepada jurulatih yang mahu membentuk pasukan menerusi perpindahan pemain bintang.

Untuk kelab kecil dan kurang kemampuan, aspek ini pastinya bukan pertimbangan yang bijak dengan pilihan lebih terhad.

Selepas segala saringan dibuat, dan temuduga dijalankan, pihak pengurusan akan melihat skor paling hampir untuk mendapatkan jurulatih baru.

Amat mustahil mendapatkan jurulatih yang benar-benar menepati kriteria. Namun dengan saringan seperti ini, sekurang-kurangnya ia telah dilakukan dengan sehabis teliti.

Perlantikan

Perlantikan akan diumumkan dengan serta merta untuk membolehkan jurulatih terus bekerja. Sokongan dana akan diberikan berdasarkan persetujuan dengan jurulatih.

Jurulatih akan diberikan KPI untuk dicapai, biasanya ia hasil daripada perbincangan dan aspirasi kedua-dua pihak.

(Photo by Nick Potts/PA Images via Getty Images)
Restrictions

Penilaian prestasi biasanya dibuat pada setiap 6 bulan. Namun jika bahagian pengurusan dan pemantau prestasi mendapati jurulatih sudah jauh lari daripada landasan KPI mereka, boleh sahaja mereka dipanggil ke pejabat untuk penjelasan.

Itu yang berlaku kepada Frank De Boer awal musim 2017/18. Beliau meyakinkan pengurusan yang beliau mampu membawa DNA baru dalam bola sepak Crystal Palace. Namun beliau gagal lakukannya.

Akhirnya Palace memutuskan untuk mendapatkan jurulatih yang boleh mendukung DNA lama kelab tersebut. Mungkin jika Palace lebih sabar, perkara itu dapat dilakukan seperti mana Roberto Martinez dan Brendan Rodgers mengubah bola sepak Swansea satu ketika dahulu.

Tetapi dalam situasi Palace, kelab mereka panik takut tersingkir kerana sudah berbelanja besar. Tekanan adalah berbeza.

Arsene Wenger memiliki skuad yang sesuai dengan falsafah beliau ketika mula-mula mengendalikan Arsenal. Begitu juga Pep Guardiola dan Klopp di Manchester City dan Liverpool.

Ini hanyalah sebahagian daripada model asas memilih pengurus yang digunakan. Sudah pastinya, pemilihan ini lebih kompleks dengan sokongan data dan statistik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN