Pandangan Klopp Mengenai Persembahan ‘Dungu’ Simon Hooper

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan kekalahan The Reds bertemu Tottenham Hotspur merupakan satu hal yang paling tidak adil dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.

Pengurus dari Jerman itu juga percaya yang Liverpool telah dizalimi oleh pengadil perlawanan yang membuat keputusan-keputusan paling gila pernah beliau lihat.

Liverpool dan Spurs telah mengharungi aksi perlawanan yang sangat kontroversi di London malam semalam dengan pengadil perlawanan, Simon Hooper yang paling mencuri tumpuan.

Gol jaringan Luis Diaz pada minit ke-33 perlawanan telah dibatalkan oleh pengadil perlawanan dan insiden itulah yang menjadi topik perbualan paling hangat semua pihak.

Luis Diaz berjaya meledak gol pembukaan perlawanan pada minit ke-33 permainan, sebelum gol tersebut dibatalkan kerana beliau didakwa berada dalam kedudukan offiside.

Walau bagaimanapun, jika dilihat kepada rakaman ulang, jelas sekali Diaz tidak berada di kedudukan offiside kerana kaki Christian Romero melebihi badan bintang Colombia itu.

Insiden tersebut selain menjadi topik perbualan para peminat, ia juga turut dibahaskan oleh pengulas dari pelbagai media.

Ketika rehat separuh masa, penyampai Sky Sports mendedahkan yang mereka telah menerima gambar garisan yang dilakar ketika Diaz meledak gol untuk The Reds dan ia jelas beliau tidak berada di kedudukan offside.

Bercakap kepada Sky Sports selepas tamat perlawanan tersebut, Jurgen Klopp tampil meluahkan rasa kecewa beliau terhadap mutu pengadilan pengadil perlawanan.

“Gol offside itu, Ia bukan offside kalau kamu tengok betul-betul, mereka lukis garisan yang salah.”

Jelas Klopp yang sedang sangat berduka.

“Bola itu diantara kaki Mo, mereka lukis garisan yang salah dan mereka tak menilai insiden ketika Mo menghantar bola. Ia sangat sukar untuk menerimanya.”

“Saya tak pernah tengok perlawanan yang langsung tak adil macam ini, keputusan yang sangat gila.”

Jelas Klopp lagi.

“Yang pertama kad merah, Curtis cari bola dan kaki dia terus kena kaki lawan. Bukan terjahan yang terlalu keras. Ia memang nampak berbeza jika lihat pada rakaman gerak perlahan. Dia betul-betul kejar bola dan dapat bola. Itu memang nasib malang.”

“(Berkait Diogo Jota) kad kuning pertama memang bukan kuning. Kemudian dia dapat yang kedua dan untuk bertahan dengan sembilan pemain memang susah.”

Jurgen Klopp turut memberi komen tentang perlawanan pada malam semalam dengan beliau mengakui dirinya sangat berbangga dengan persembahan anak-anak buahnya.

“Ketika kamu mahu bina sesuatu, kamu perlukan pemain dengan mentaliti dan saya nampak mereka ada itu pada hari ini, mereka melawan. Agak istimewa pada malam ini.”

Bercakap tentang gol sendiri jaringan Joel Matip pada minit ke-95 perlawanan, Klopp mendedahkan bahawa:

“Joel bertahan dengan sangat baik hari ini. Dia julur kaki dan bola itu terus masuk. Itu memang hal terburuk dalam hidup. Tapi itu lah yang berlaku.”

Tambah Klopp lagi.

Kenyataan dari PGMOL

PGMOL (Persatuan Pengadil Profesional England) sendiri turut mengeluarkan kenyataan berkait insiden tesebut dengan mereka mengakui kesalahan pengadil kerana tidak membenarkan gol Luis Diaz.

“PGMOL mendapat maklum bahawa ada kesilapan manusia berlaku ketika separuh masa pertama perlawanan Tottenham dengan Liverpool. Gol oleh Luis Diaz dibatalkan kerana ofsaid berdasarkan keputusan penjaga garisan di tepi padang.”

“Ini adalah kesilapan yang jelas dan sepatutnya gol diberikan menerusi campur tangan VAR. Malangnya VAR gagal campur tangan dalam keputusan tersebut.”

“PGMOL akan melakukan tinjauan semula sepenuhnya ke atas perkara yang boleh menyebabkan kesilapan itu. PGMOL segera menghubungi Liverpool dalam rumusan perlawanan ini untuk memberitahu mereka tentang kesilapan ini.”

Klopp walau bagaimanapun tidak gembira dengan pengakuan dari PGMOL dengan beliau menganggap pengakuan itu sama sekali tidak mengubah keputusan perlawanan dan tidak beri mata tambahan kepada Liverpool.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN