‘Pancing Kembali Arteta’ – Arsenal Mahu Halang Usaha Man City Cari Pengganti Pep Guardiola

Arsenal kini sedang merancang untuk menawarkan lanjutan kontrak kepada Mikel Arteta selepas tempoh kontrak terdahulu pengurus dari Sepanyol itu bakal memasuki tempoh 12 bulan terakhir sebelum tamat.

Pengurusan tertinggi The Gunners setakat ini gembira dengan pencapaian pasukan itu di bawah kendalian Arteta sejak beliau menggantikan Unai Emery dua tahun lalu.

Arteta yakinkan Arsenal

Kelab London itu kini mahu terus mengikat Arteta di Emirates walaupun Arsenal sekadar menamatkan saingan di kedudukan ke-8 selama dua musim berturut-turut di bawah kendalian pengurus itu.

Kini Arsenal yakin mereka telah berjaya mengambil langkah besar di bawah kendalian Arteta yang membina pasukan bertunjangkan pemain seperti Bukayo Saka dan Emile Smith Rowe.

Selain itu Arteta juga tidak teragak-agak menyingkirkan pemain bintang bergaji besar seperti Pierre Emerick-Aubameyang.

Secara keseluruhan kualiti kepimpinan luar padang yang ditampilkan Arteta cukup untuk menggembirakan pengurusan tertinggi kelab.

Sebelum ini Arteta juga memainkan peranan penting memastikan pemain utama menerima pemotongan gaji selepas kelab menghadapi cabaran kewangan akibat situasi global.

Halang niat Man City

Antara sebab lain Arsenal mahu segera mengikat Arteta adalah kerana tempoh kontrak asal pengurus itu akan tamat pada musim panas 2023.

Kebetulan kontrak Pep Guardiola bersama Manchester City akan tamat pada waktu yang sama. Arteta bukanlah watak asing di Etihad kerana pernah bergelar pembantu jurulatih di Manchester City di bawah arahan Guardiola sebelum kembali ke Arsenal sebagai pengurus.

Pada Ogos lalu, Guardiola pernah mengumumkan beliau akan berehat sebentar daripada bola sepak apabila kontrak beliau di Etihad berakhir pada 2023 – sebelum cuba untuk mengurus pasukan kebangsaan selepas itu.

Arteta, yang dianggap antara pengurus muda di Premier League pada usia 39 tahun setakat ini dilaporkan gembira dengan perkembangan semasa di Arsenal dan terbuka untuk perbincangan.

Sebarang kemungkinan untuk lanjutan kontrak akan melihat kenaikkan gaji daripada £5 juta setahun yang diperolehnya pada hari ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN