England memulakan perlawanan dengan cemerlang apabila mendahului 1-0 selepas 8 minit perlawanan berlangsung.
Pemain pertahanan, John Stones berjaya melepaskan diri dari pertahanan lawan, sebelum menanduk rendah sepakan penjuru Kieran Trippier.
Panama jelas berdiam diri apabila bertindak menekan kubu England dengan bertukar-tukar hantaran dan percubaan dari luar kotak penalti.
Percubaan Barcenas dari jarak 25 meter hanya sedikit tersasar selepas kelihatan melencong ke arah kanan penjuru gawang England.
England kemudiannya dihadiahkan sepakan penalti selepas Jesse Lingard dijatuhkan, sebelum Harry Kane menyudahkan peluang tersebut untuk England mendahului 2-0 pada minit ke-22 perlawanan.
Jesse Lingard kemudiannya menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-36 perlawanan dengan satu rembatan dari luar kotak penalti, melencong ke penjuru kiri gawang Panama.
England terus rakus menghukum Panama selepas itu apabila Stones menjaringkan gol kedua peribadi selepas gerakan set-pieces menarik skuad England untuk kedudukan 4-0 pada minit ke-40 perlawanan.
England akhirnya mengakhiri babak pertama perlawanan dengan satu lagi gol melalui sepakan penalti yang disempurnakan oleh Kane pada minit ke-45, untuk kedudukan semasa 5-0 memihak kepada skuad kendalian Gareth Southgate.
Babak kedua bermula menyaksikan England terus menguasai perlawanan.
Harry Kane akhirnya berjaya melengkapkan hatrik melalui sentuhan terakhir dalam perlawanan ini sebelum digantikan oleh Jamie Vardy untuk kedudukan 6-0 pada minit ke-62 perlawanan.
Panama yang enggan pulang kosong akhirnya menjaringkan gol sulung di dalam Piala Dunia 2018, setelah Felipe Baloy berjaya menyudahkan hantaran melalui sepakan percuma, cukup untuk mebuatkan jurukatih mereka senyum.
England cuba mengancam selepas itu melalui larian Vardy dan Sterling, namun kedudukan kekal England 6 Panama1 sehingga ke wisel penamat.