Kim Pan-gon mendedahkan yang beliau tak mampu menjanjikan kemenangan yang berterusan, namun beliau yakin anak-anak buahnya akan memberikan sepenuh jiwa dan raga mereka untuk skuad kebangsaan Malaysia.
Menjelang aksi perlawanan persahabatan Tier 1 bertemu Brunei malam esok, Pan-gon yakin anak-anak buahnya sudah bersedia untuk memberikan yang terbaik.
Skuad Harimau Malaya akan turun beraksi bertemu Brunei di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok sebelum bertemu Hong Kong Rabu depan.
Terkejut Dengan Kualiti Baik Pemain Yang Dipanggil, Siapa Yang ‘Takjubkan’ Kim Pan-gon?https://t.co/TT8MXzS12c
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) May 22, 2022
Kim Pan-gon sudah menyenaraikan skuadnya untuk aksi perlawanan persahabatan kali ini dan jelas sekali sasaran beliau mahu anak-anak buahnya beri yang terbaik.
Agak menakjubkan untuk mengetahui yang ini merupakan perlawanan persahabatan Tier 1 pertama Malaysia bertemu Brunei sejak kali terakhir pada 1999 di temasya Sukan SEA.
Brunei sendiri turut bertekad mahu memberikan yang terbaik untuk aksi pada minggu ini walau skuad mereka serba tempang.
Brunei turun dengan skuad serba tak lengkap
Pengurus skuad kebangsaan Brunei, Rosanan Samak mendedahkan kepada media hari ini yang skuadnya tidak berada di tahap terbaik mereka menjelang aksi bertemu Malaysia.
ni merupakan persiapan bagi menghadapi Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023. Skuad kendalian Kim Pan-gon akan bertemu Turkmenistan pada 8 Jun, Bahrain 11 Jun dan Bangladesh 14 Jun 2022 di Stadium Nasional, KL Sports City. pic.twitter.com/H8mZNkGwu2
— Legasi Lagenda (@LegasiLagenda) May 21, 2022
Masalah berkait Covid-19 jelas sekali sangat mengganggu skuad kebangsaan Brunei pada ketika ini dengan ketua pasukan mereka sendiri terpaksa digugurkan kerana disahkan positif.
Berdepan Malaysia, Brunei dikatakan akan berusaha sehabis baik untuk memberikan yang terbaik walau persiapan mereka tak begitu sempurna.
Tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang persiapan skuadnya, Rosanan hanya menegaskan yang anak-anak buahnya akan memberikan yang terbaik untuk aksi pada malam esok.
Para pemain dapat banyak input dari perancangan terbaru Pan-gon
Pan-gon mendedahkan yang beliau sudah menyediakan skuad terbaik menjelang aksi perlawanan malam esok dan tempoh seminggu bersama para pemain dimanfaatkan sebaiknya oleh beliau.
Syamer Kutty Abba yang turut ada ketika sesi sidang media hari ini turut mengakui yang para pemain dapat begitu banyak input dari Pan-gon sepanjang tempoh mereka menjalani latihan bersama.
Metode Kim Pan-gon Bikin Pemain Naturalisasi Malaysia Terkesima #Berita #Internationalhttps://t.co/4fOiVg83q6
— Football5star (@Football5star) May 25, 2022
Kredit gambar: Syamil Rosli – Aremil Works