Pan Gon Minta Sedia Pembantu Jurulatih Tempatan, FAM Ada Senarai Calon Termasuk Nama Besar

Beberapa individu berkelayakan termasuk nama besar dalam kejurulatihan bola sepak negara antara yang berminat untuk menjadi pembantu kepada pengendali baharu skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon.

Mohd Saifuddin Abu Bakar selaku Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerangkan jurulatih berpengalaman tersebut antara 10 calon lain yang kini giat diteliti oleh Pengarah Teknikal badan induk tersebut, Scott O’Donell.

Menurut beliau, keputusan dari penelitian 10 calon tersebut akan dimaklumkan setelah Pan Gon selamat tiba di Malaysia setelah pengendali dari Korea Selatan itu sendiri mahu berjumpa dengan bakal pembantunya sebelum segala keputusan rasmi dibuat.

“Selain nama besar, nama kecil, nama panjang dan nama pendek pun ada. Memang ada beberapa calon yang minat untuk jadi pembantu ketua jurulatih dan perkara itu akan dimuktamadkan bila dia (Pan Gon) sampai sebab dia perlu berjump dan menemu bual calon sama ada memenuhi kriteria diinginkan.

“Tetapi nama-nama berkenaan akan disenarai pendek FAM sebelum kita beri kepada dia. Kemudian terpulang kerana dia adalah ketua jurulatih yang akan membuat keputusan siapa dia nak,” katanya ketika dihubungi Bernama pada hari semalam.

Jelas Saifuddin, keputusan ingin mendapatkan pembantu jurulatih tempatan adalah daripada Pan Gon sendiri yang mahu bersama-sama membantunya dalam membentuk skuad yang mantap.

“Pan Gon ada minta FAM calonkan seseorang kerana dia memang nak seorang jurulatih tempatan. FAM tidak mempunyai masalah menyediakannya, kita akan cari yang sesuai. Proses itu akan dikendalikan TD (Pengarah Teknikal) dan beliau juga akan menyediakan nama-nama tersebut,” katanya.

Pada Jumaat lalu, FAM telah mengumumkan mengenai pelantikan Pan Gon selaku jurulatih terbaharu Harimau Malaya setelah sebelum itu Tan Cheng Hoe meletak jawatan atas rasa tanggungjawab mengenai kegagalan di saingan Piala AFF 2020.

Pan Gon dijangka bakal tiba awal bulan depan bersama empat pembantunya  iaitu seorang penolong jurulatih, seorang jurulatih penjaga gol, seorang jurulatih kecergasan dan seorang juruanalisis.

Perkara tersebut nyata mendapat pelbagai reaksi termasuk ada yang mengusulkan agar Pan Gon mendapatkan seorang pembantu jurulatih tempatan agar lebih terbiasa untuk mengenali budaya bola sepak negara dengan lebih dekat.

Dalam masa sama, Saifuddin menjelaskan FAM juga sedia mempertimbangkan cadangan Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya supaya perlantikan pengurus pasukan Harimau Malaya dan jurulatih disatukan sekali mengikut acuan negara-negara di Eropah.

Sumber:
BERNAMA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN