Palmer Sah Cipta ‘Cameo’ Dalam Filem Terbaharu Deadpool

Pelakon utama Deadpool 3 iaitu Ryan Reynolds tampil mengesahkan penyerang bintang Wrexham, Ollie Palmer mencipta penampilan khas dalam filem tersebut yang sebelum itu menjadi tumpuan ramai peminat di seluruh dunia.

Bintang utama filem tersebut turut berkongsikan trailer filem itu di media sosial sebelum ini sambil menyatakan: “Dah jumpa lelaki yang telah membunuh ibu Bambi”.

Salah seorang peminat bola sepak Wrexham mempunyai penglihatan cukup tajam dikenali sebagai Beardy di Twitter dengan pantas menyatakan beliau telah pun mengesan seorang lelaki yang memakai jaket denim dalam salah satu adegan dan dikenal pasti merupakan Ollie Palmer.

Podcast yang didedikasikan untuk kelab bola sepak tersebut iaitu Fearless In Devotion, menyokong dakwaan ini dengan berkongsi gambar daripada trailer berkenaan menerusi tangkapan skrin watak Palmer serta memberi ulasan pada kiriman Reynolds bersama kata-kata: “Jika anda julingkan mata…”.

Reynolds, 47, mengesahkan perkara tersebut dengan tampil memberikan komen: “Penglihatan yang tajam”.

Pasukan podcast tersebut kemudian hadir mengesahkan dakwaan ini dengan mengatakan mereka telah pun bertanya kepada Palmer, sebelum dia turut mengesahkannya sendiri. Filem keluaran Marvel terbaharu ini, akan ditayangkan di Malaysia pada 25 Julai, dengan menyaksikan Deadpool bersama Wolverine (dilakonkan oleh Hugh Jackman) akan bekerjasama untuk mengalahkan musuh bersama.

Palmer membuat penampilan ringkas dalam adegan pertama trailer filem itu, di mana babak membabitkan Deadpool berjalan ke arah Wolverine di sebuah bar. Pemain tersebut dilaporkan memakai baju putih, jeans, serta dipadankan oleh jaket denim, bersama rambut gelap dan janggut tebal.

Palmer menyertai Wrexham dari AFC Wimbledon pada Januari 2022, setahun selepas Reynolds dan pencipta bersama It’s Always Sunny In Philadelphia iaitu Rob McElhenney, 46, hadir mengambil alih kelab tersebut. Sejak itu, kelab bola sepak dari Wales tersebut telah meraih dua promosi berturut-turut di England, dan melalui siri dokumentari popular, Welcome To Wrexham, ia berjaya menarik perhatian global.

Musim ini menyaksikan Wrexham bakal beraksi di pentas EFL League One selepas merekodkan keputusan cukup baik pada saingan lalu untuk berada di tangga kedua EFL League Two daripada 24 pasukan bertanding.

Palmer sendiri secara keseluruhan telah mencipta 46 penampilan bersama sembilan gol serta tiga bantuan  jaringan dilakar selaku penyerang utama kelab berkenaan bersama prestasi menyakinkan.

Kehadiran Palmer dalam Deadpool 3 bakal menambah sentuhan unik dan peribadi kepada filem tersebut untuk menunjukkan hubungan erat antara Reynolds dan kelab bola sepak Wrexham. Peminat pasukan itu pastinya akan menantikan penampilan istimewa ini dalam filem yang dinanti-nantikan tidak lama lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN