Pelbagai kelab dalam saingan Premier League secara terbuka mahukan Manchester City disingkirkan daripada saingan terulung England itu jika didapati bersalah dalam melanggar peraturan kewangan.
Sebelum ini, City dilaporkan disabitkan dengan 101 kesalahan mengenai kewangan sejak sembilan musim lalu dengan pendedahan yang dilakukan amat mengejutkan kelab tersebut.
Menurut laporan Sky Sports, beberapa kelab utama Premier League termasuklah pasukan-pasukan lain mahukan City disingkirkan dari saingan tersebut jika benar mereka didapati bersalah.
Manchester United, Liverpool, Arsenal, Chelsea dan Tottenham Hotspur adalah beberapa nama kelab yang secara terang-terangan mahu City disingkirkan jika mereka didapati bersalah.
Buat masa sekarang, kesemua kelab Premier League tidak akan masuk campur dalam hal siasatan perkara ini sebaliknya membiarkn badan bebas menjalankan tugas mereka.
Apa jadi kalau City dibuang?
Apa yang akan terjadi sekiranya City didapati benar-benar bersalah dan disingkirkan daripada saingan Premier League?
Jika benar ia terjadi, City akan disingkirkan daripada Premier League dengan mereka tidak dibenarkan beraksi bermula pada musim hadapan.
Namun begitu, mereka tidak dibenarkan untuk jatuh liga ke EFL Championship atau mana-mana saingan EFL kerana English Football League tidak berhak untuk menerima mereka.
Sebaliknya, mereka akan terus jatuh ke saingan divisyen lima England iaitu National League atau lebih dikenali sebagai non-league football.
Bayangkan jika ianya terjadi, semuanya pasti tak terjangkau dek fikiran melihat sebuah kelab utama era moden ini musnah begitu saja.