Sebelum Jordan Mintah mula turun bermain dalam kesebelasan utama, Terengganu bergelut dengan keputusan dan prestasi jentera serangan.
Penampilan pertamanya untuk Sang Penyu musim ini adalah pada aksi keempat Liga Super, berdepan PDRM dan meraih kemenangan tipis 1-0.
Jelas, beliau pada awalnya bukan pilihan utama untuk jentera serangan – buat kesekian kalinya. Sebelum ini, beliau pernah melaluinya ketika Nafuzi Zain mengendalikan pasukan. Mungkin nasib malangnya bakal berulang?
Tiga perlawanan awal, Mintah ‘hilang’
Tiga perlawanan awal, pengendali baharu pasukan, Tomislav Steinbruckner juga seakan-akan tidak memandang dirinya selepas kembali dari pinjaman bersama KL City. Barangkali disebabkan prestasinya ketika di sana.
Penyerang baru KL City, Jordan Mintah nikmati fasa terbaiknya selepas diberi kepercayaan di jentera hadapan KL City sekaligus kembali ke padang permainannya di pentas AFC!#BolaSepak #PialaAFC @KLCityFootball pic.twitter.com/qxhezQcFES
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 24, 2022
Terengganu tewas dua kali dan seri sekali. Tiada gol mampu dicipta.
Ia umpama amaran awal buat pengendali itu yang jentera serangannya bermasalah. Dan ketika itu dua formasi telah digayakan, 3-4-3 dan 4-2-3-1.
Kombinasi 3-4-3 antara Sony Norde, Adisan Kraisorn dan Ivan Mamut di jentera depan sukar untuk menjelmakan gol buat mereka dan ia juga masih sama ketika Mamut berseorangan di jentera depan dalam formasi 4-2-3-1.
Dan Mintah tiada langsung dalam skuad untuk ketiga-tiga perlawanan.
Dan Steinbruckner tentunya dalam tekanan yang maha besar saat itu.
Namun, ia bukanlah sesuatu yang sukar diduga kerana aksi awal mereka sedikit sukar. Terengganu berdepan juara sembilan kali liga, Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah Darul Aman dan naib juara Piala AFC 2022, KL City.
Secara bertahan, mereka memiliki keampuhan tersendiri – tewas 0-2 kepada JDT, 0-1 kepada Kedah dan terikat tanpa jaringan dengan KL City.
Selesai lima perlawanan Liga Super,
kedudukan seorang jurulatih dalam bahaya susulan gagal mencapai sasaran yang ditetapkan pihak pengurusan ketika jurulatih Terengganu Tomislav Steinbruckner pula difahamkan sudah menerima surat tunjuk sebab.— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) March 18, 2023
Impak surat tunjuk sebab buat Steinbruckner
Berdepan PDRM, Jordan Mintah muncul mengambil alih peranan Mamut. Jelas, pengendali kelahiran Croatia itu mahu melihat satu perubahan.
Tetapi, Mintah tidak menjaringkan sebarang gol dalam kemenangan 1-0 ke atas ‘The Cops’ dan begitu juga ketika tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan. Dengan ‘The Jangs’, Mintah masuk sebagai pemain gantian, beraksi 16 minit.
Begitupun, surat tunjuk sebab yang diberikan kepada Steinbruckner pasti meresahkan dirinya selepas lima aksi. Hanya satu kemenangan mampu dilakar Sang Penyu dan sesuatu perlu dilakukannya selepas rehat dua minggu.
Hasilnya, mereka berjaya bangkit melakar tiga kemenangan berturut-turut ke atas Kelantan United (2-1), Kelantan (5-0) dan Kuching City (2-0).
Dan, Mintah beraksi dalam kesebelasan utama untuk ketiga-tiga aksi.
Berapa gol diciptanya? Empat gol dan satu bantuan gol dilakar olehnya.
Kenapa Mintah perlu terus berada dalam XI?
Selain mencipta gol, impak kehadirannya dalam skuad utama, Mamut dan Adisak juga kembali mendapat sentuhan penyudah. Satu rahmat besar.
Beliau turut menjelmakan kemenangan demi kemenangan buat Terengganu yang boleh dikatakan seang berada dalam tekanan besar pada ketika itu.
Lihat sahaja ketenangannya mencipta gol dan membuat bantuan gol ketika menang 4-0 ke atas Melaka dalam aksi Piala FA, tempohari. Itu kualitinya.
Beliau meneruskan sentuhan dalam melakar jaringan selama tujuh musim berturut-turut setakat ini sejak bersama kelab Filipina, FC Kaya pada 2017.
Menurut pemerhati Liga Malaysia, Zuraimi Zukri pada 2021, Mintah memiliki baka permainan Ifedayo Olusegun dan sehingga saat itu, tiada pasukan berminat menggunakannya di pentas tertinggi. Barangkali Steinbruckner sudah jumpa mutiara yang dicarinya dan ia ada pada Mintah di TFC II.
Tiga perlawanan sukar menanti mereka semula. Selangor, Sri Pahang dan Sabah akan menjadi lawan selepas ini bermula pada Selasa. Oleh itu, Mintah masih diperlukan bagi meneruskan momentum baik Terengganu.
Tidak mustahil, ruang yang diberi kepadanya ini bakal terus dimanfaatkan untuk mencipta sensasi tersendiri pada musim keempatnya di sini.