Pakar kesihatan yang melibatkan otak baru-baru ini telah mengeluarkan cadangan agar teknik tandukan diharamkan dalam sukan bola sepak.
Hal ini kerana, ianya mampu membawa kesan yang tidak baik kepada pemain yang melakukannya.
Menurut laman BBC Sport, Dr. Bennet Omalu telah mencadangkan agar teknik tandukan dihadkan kepada pemain bola sepak profesional sahaja.
Sementara bagi pemain dibawah usia 18 tahun, beliau mahu teknik tersebut diharamkan kepada mereka.
Hal ini kerana hasil dari penemuan Dr. Omalu mendapati terdapat sebuah penyakit berbahaya yang mampu menghantui pemain bola sepak dalam jangka masa panjang.
Penyakit tersebut dikenali sebagai brain disease chronic traumatic encephalopathy atau pun dikenali sebagai CTE.
Penyakit yang disebutkan tadi akan memberikan trauma kepada kepala hasil dari terlalu banyak tandukan dilakukan oleh pemain sewaktu zaman bermain.
Kata Dr. Omalu, beliau berkata bola sepak di peringkat remaja seharusnya mengurangkan sentuhan ketika beraksi.
“Saya percaya yang di peringkat profesional kita perlu hadkan tandukan bola kerana ianya berbahaya.”
“Kanak-kanak pada usia 12 hingga 14 tahun patut bermain bola sepak yang kurang sentuhannya yang di mana kita perlu pupuk mereka dengan cara begitu.”
“Kanak-kanak pada usia 12 hingga 18 tahun boleh bermain bola sepak, tetapi mereka tidak sepatutnya menanduk bola.”
Di England, kesedaran mengenai bahaya menanduk bola ini sudah mula digerakkan dari dahulu.
Sebelum ini, pemain England iaitu Jeff Astle telah meninggal dunia kerana mengalami trauma otak akibat terlalu banyak menanduk bola ketika zaman bermain.
Beliau meninggal dunia pada 2004 dan menderita penyakit hilang ingatan selama 10 tahun.