JDT antara pasukan yang menitikberatkan isu kemudahan untuk para pemain. Jadi, mereka telah melabur jutaan ringgit untuk membangunkan kompleks sukan yang dilengkapi dengan fasiliti dan peralatan yang canggih serta kondusif.
Pedro Miguel, yang merupakan Pakar Fisioterapi JDT menyatakan kekaguman beliau ke atas prasarana kelab tersebut.
Menurut Miguel, fasiliti dan peralatan yang ada di JDT – juara Liga Super 6 kali berturut-turut – setaraf dengan yang dimiliki oleh Porto FC – bekas majikan beliau selama 10 tahun.
Miguel juga melabel fasiliti dan peralatan JDT setaraf dengan banyak kelab handalan di Eropah yang lain – dan tidak keterlaluan untuk menyatakan apa yang dimiliki JDT lebih baik daripada beberapa kelab Eropah yang lain.
Dipetik daripada laman JST, Miguel berkata: “Saya telah bersama Porto FC selama 10 tahun dan saya perlu menyatakan bahawa kemudahan fasiliti dan peralatan di JDT adalah setaraf dengan Porto dan kelab-kelab handalan Eropah.”
“Malah lebih baik lagi dari beberapa yang lain.”
CTFD Porto Gaia (Centro de Treinos e Formação Desportiva PortoGaia) merupakan antara kompleks sukan yang canggih di Eropah dalam usaha pasukan tersebut menghasilkan bakat muda dan menggilap bakat pemain utama.
Oleh kerana peralatan yang terbaik dimiliki oleh JDT, tugasan seharian orang seperti Pedro Miguel, menjadi lebih efisien dan mudah. Ianya juga membolehkan para pemain kembali cergas dalam tempoh yang lebih cepat.
“[Ini dapat] mengurangkan masa untuk membolehkan seseorang pemain kembali cergas hanya boleh dilakukan kerana fasiliti yang terdapat di sini,” tambah Pedro lagi.
I was with Porto FC for 10 years and I have to say the facilities and equipment at JDT are as good as Porto and the top European clubs, and even better then some of the rest.
[1/2] pic.twitter.com/2CPb9oebO6
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) July 25, 2019