Bekas pemain Liga Perdana Inggeris (EPL), Roger Johnson bertindak menyaman pakar bedah terkenal, Andy Williams sebanyak £1 juta (RM5.6 juta) atas dakwaan pembedahan yang dilakukan Williams pada 2018 menjadi punca karier beliau berakhir.
Williams dianggap sebagai salah seorang pakar bedah terbaik dunia di melibatkan kecedraan lutut dan ACL, dan telah melakukan pembedahan untuk pemain-pemain terbaik dunia seperti Virgil van Dijk, Danny Ings dan Callum Wilson.
🚨 Virgil Van Dijk will require surgery after damaging his ACL against Everton and could miss a large chunk of the season pic.twitter.com/8rdADz85aC
— FootballJOE (@FootballJOE) October 18, 2020
Kronologi kecederaan
Johnson, kini berusia 38 tahun, mengalami kecederaan koyak tisu meniskus di lutut kirinya ketika sedang menjalani latihan bersama Charlton Athletic pada 2017.
Beliau kemudiannya menjalani pembedahan di klinik milik Williams di London. Namun demikian selepas pembedahan, lutut Johnson mengalami jangkitan sehingga menyebabkan satu lagi pembedahan terpaksa dilakukan pada Mac.
Disebabkan prosedur tersebut, Johnson mengalami kompilasi dan mendakwa pembedahan yang dilakukan oleh Williams telah merosakkan bahagian tendon, sehingga menyebabkan kecederaan benkak dan sakit yang berterusan.
Pemain tersebut dilepaskan oleh Charlton beberapa bulan kemudian selepas pembedahan kali kedua. Walaupun Johnson melakukan 51 penampilan untuk Bromley di National League untuk dua musim, beliau terpaksa meninggalkan kelab tersebut pada musim panas 2019 dan bersara daripada bola sepak pada usia 36 tahun.
Beliau kini adalah salah seorang jurulatih skuad utama kelab yang berpengkalan di Kent, England itu.
Hujah awal
Dokumen yang diserahkan kepada pihak Mahkamah Tinggi London menunjukkan Johnson menyaman pakar bedah tersebut untuk nilai £1. Dakwaan lain berkaitan pembedahan tersebut bagaimana pun digugurkan.
Bekas pemain itu mendakwa Williams sebenarnya tidak menyedari kecederaan lain yang berlaku kesan daripada pembedahan, tau dengan segaja tidak memaklumkan implikasi kepada pesakit.
Johnson turut mendakwa Williams sebagai lalai ketika memberikan rawatan. Tuduhan tersebut dinafikan oleh pakar bedah itu dan menjelaskan sebarang jenis kompilasi yang berlaku selepas pembedahan adalah disebabkan jangkitan yang berlaku selepas pembedahan pertama.
Fortius Founder #andywilliams – Knee surgeon on speed dial for top clubs braced for busy Christmas https://t.co/YV0gHNnmv8 via @MailSport
— Fortius Clinic UK (@FortiusClinicUK) December 25, 2020
Turut dipersoalkan adalah sama ada Williams memnberikan kebenaran untuk Johnson bercuti di Thailand ketika sedang dalam proses pulih daripada kecederaan pertama.
Williams berkata percutian tersebut datang dengan risiko, tetapi Johnson mendakwa sebaliknya dan bekata pakar bedah itu gembira dan menyatakan percutian tersebut tidak akan memberikan implikasi. Keadaan sebalikya berlaku apabila lutut Johnson mulai bengkak ketika percutian tersebut.
Johnson turut mendakwa dirinya mengalami bengkak dans sakit secara berterusan sehingga mengalami kebimbangan, kesusahan dan kemurungan.
Williams menafikan semua dakwaan tersebut dan menjelaskan tiada kerosakan atau kecederaan lain berlaku ketika pembedahan. Mahkamah menetapkan perbicaraan kes tersebut akan dilakukan di Mahkamah Tinggi pada hujung tahun ini.