Kelab Premier League, Newcastle United kini dalam misi untuk diambil alih oleh sebuah wakil dari Arab Saudi menurut Sky Sports.
Saudi Sovereign Wealth Fund merupakan entiti yang dikatakan berminat untuk dapatkan pegangan saham majoriti di kelab Tyneside itu namun begitu mereka bukanlah satu-satunya pihak yang berminat untuk mendapatkannya.
Sebaliknya, terdapat juga pihak lain yang mahukan pegangan saham majoriti di kelab tersebut yang sudah beberapa kali terlibat dalam perbincangan untuk melakukan pengambilalihan.
Dalam usaha untuk mendapatkan pegangan majoriti di Newcastle United, Putera Mohamad bin Salman dikatakan akan bergabung dengan pakar kewangan Britain iaitu Amanda Staveley (gambar bawah).
Staveley merupakan pihak yang dikatakan pernah cuba untuk mendapatkan pegangan majoriti di Newcastle United pada 2018 tetapi tidak berjjaya untuk melakukannya.
Untuk memperoleh pegangan majoriti tersebut, mereka yang berminat perlu membayar kepada pemilik semasa iaitu Mike Ashley dengan ayaran £340 juta.
Ashley sudah beberapa ketika tidak digemari oleh penyokong Newcastle United terutamanya selepas pemergian Rafael Benitez.
Pemergian Benitez dari St. James’ Park adalah disebabkan kegagalan kelab yang tidak mahu memberikan sejumlah dana yang diperlukan pengurus itu untuk mendapatkan pemain yang diperlukan bagi menguatkan pasukan.