Pahang Uji Saddil Ramdani Dan Herold Goulon Di Thailand

Juara Piala FA 2018, Pahang menjadikan Thailand sebagai destinasi untuk mencari keserasian dan menguji persefahaman antara pemain sebelum menghadapi musim baharu Liga Malaysia yang dijangka bermula 1 Februari ini.

Menurut kenyataan daripada laman web rasmi Pahang FA, skuad tok gajah dijadualkan menentang sebuah kelab dari Liga Kemboja dan dua kelab dari Liga divisyen 1 Thailand.

“Perlawanan-perlawanan yang dirancang adalah menentang pasukan Visakha FC dari Liga Kemboja pada 8 Januari, pasukan dari Liga 1 Thai Chonburi FC (10 Jan) dan yang terakhir menentang pasukan dari Liga 2 Thai Army United (12 Jan) sebelum bertolak pulang pada 13 Jan,” kata kenyataan tersebut.

https://twitter.com/MediaPhgFA/status/1082268766950641666

Selain itu, mereka juga telah membawa bersama dua pemain import baharu untuk membentuk keserasian bersama pemain yang sedia ada. Turut menyertai skuad Tok Gajah ialah dua pemain skuad Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh dan Norshahrul Idlan Talaha.

“Ini adalah peluang terbaik bagi Ketua Jurulatih, Dollah Salleh menguji barisan pemainnya termasuk mendapatkan keserasian antara pemain import dan pemain tempatan setelah kebanyakkan mereka hanya baru melapor diri pada tahun baru ini,” jelas kenyataan tersebut.

Dua pemain import tersebut ialah bintang muda dari Indonesia iaitu Saddil Ramdani dan bekas pemain Blackburn Rovers, Darryl Herold Goulon dari Perancis. Saddil merupakan tonggak utama skuad kebangsaan Indonesia dan beraksi di posisi sayap.

Saddil Ramdani memperkuatkan jentera serangan skuad tok gajah. FOTO: Goal.com Indonesia

Herold merupakan produk daripada akademi bolasepak yang mempunyai reputasi tinggi di Perancis iaitu Clairefontaine academy yang telah melahirkan bintang terkemuka dunia seperti Nicolas Anelka, Louis Saha, Kylian Mbappe, Oliver Giroud dan ramai lagi.

Pemain yang berusia 31 tahun ini mempunyai pengalaman luas beraksi dengan beberapa kelab eropah dan pernah menyertai dua kelab Liga Perdana Inggeris ketika itu, Middlesbrough dan Blackburn Rovers.

Sebelum menyertai Blackburn, beliau telah mendapat dua tawaran daripada kelab Itali, Napoli dan kelab La Liga, Real Zaragoza yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya. Kehadirannya dalam skuad tok gajah pasti akan menguatkan benteng pertahanan tengah yang dilihat agak longgar pada musim lepas.

Seorang lagi pemain import yang dikekalkan ialah pemain kebangsaan Singapura, Safuwan Baharuddin manakala Mohamadou Sumareh masih menunggu rayuan untuk ditukar status sebagai pemain tempatan setelah PBNP menghantar surat rayuan pada November lepas.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN