Pahang Uji Kekuatan Dengan Kelab Thailand dan Korea Selatan

Naib juara Liga Super 2017, Pahang menjadikan Thailand sebagai destinasi persiapan pra musim dalam usaha untuk membentuk keserasian pemain yang lebih mantap bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2018.

2 kelab dari Thailand dan 1 kelab dari Korea Selatan bakal menguji kekuatan skuad bimbingan Dollah Salleh itu sepanjang berada di sana.

Mereka dijadualkan menentang pasukan kedua naib juara Liga Divisyen 1 Thailand, Muangthong United  pada 5 dan Air Force Central pada 7 Januari  sebelum mengakhiri jelajah pra musim di Thailand dengan menentang juara Liga Divisyen 2 Korea Selatan yang dinaikkan pangkat ke Divisyen 1 iaitu Gyeongnam FC pada 9 Januari ini.

Muangthong United memilih Pahang mungkin kerana mahu menguji pemain simpanan mereka untuk persiapan menentang juara Liga Super 2017, JDT dalam kelayakan kedua AFC Champions League minggu depan.

Pemenang perlawanan ini akan bertemu pasukan dari Liga Jepun pada pusingan play-off kelayakan AFC Champions League 2018.

Mana-mana pasukan yang berjaya menang dalam pusingan play-off, akan menyertai 24 pasukan lain yang sudah melayakkan diri ke peringkat kumpulan menjadikan 32 pasukan keseluruhan  yang bertanding dalam saingan AFC Champions League 2018.

Gyeongnam FC pula merupakan juara Liga Challenge Korea Selatan musim ini dan mengadakan perlawanan pra musim mereka di Thailand untuk persiapan menghadapi saingan liga utama di negara tersebut . Kesempatan ini dimanfaatkan oleh pasukan Pahang untuk mengaturkan perlawanan persahabatan dengan kelab dari Korea Selatan itu.

Pasukan Pahang dijangka akan menurunkan barisan terbaik untuk menguji kemampuan muka baharu seperti Norshahrul Idlan Talaha dan Bunyamin Omar serta 2 pemain import dari Asean, Safuwan Baharudin dan Chan Vathanaka.

Bintang kemboja, Chan Vathanaka turut menyertai sesi latihan Pahang di Thailand. Foto: Yeun Pun Lue

Skuad Tok Gajah yang memulakan latihan sejak bulan lalu tidak akan membawa bersama 3 pemain muda mereka yang kini bersama skuad Malaysia B-23 untuk menghadapi saingan Kejuaraan AFC Bawah 23 Tahun di China. 3 pemain itu ialah Azam Azih, Matthew Davies dan Kogileswaran.

Selepas mengharungi siri perlawanan persahabatan di Thailand, mereka dijadualkan menyertai kejohanan empat penjuru, Piala Menteri Besar Terengganu di Kuala Terengganu pada 15-19 Januari ini.

Antara pasukan yang menyertai kejohanan itu ialah Terengganu FC 1, Terengganu FC 2 serta Melaka United.

Saingan liga super musim 2018 akan bermula pada 3 Februari depan dan saingan musim ini djangka lebih sengit kerana juara liga super 2018 akan mendapat satu slot automatik ke peringkat kumpulan AFC Champions League 2019.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN