Pahang Tewaskan Melaka 1-3 Di Stadium Hang Jebat

Pahang tewaskan Melaka di Stadium Hang Jebat. Ia sekaligus meletakkan mereka kekal di tangga ke-2 liga.

Kedua-dua pasukan bermula seimbang. Namun Pahang melancarkan ancaman awal melalui Matheus Alvez.

Pada minit ke-21, Joseph Kalang Tie meletakkan pelawat di hadapan menerusi cubaan deras dari luar kotak penalti. Ianya hasil bantuan gol oleh Ashaari Shamsuddin.

Joseph Kalang Tie/Photo by Safwan Rozi / www.asiana.my,

Melaka memberikan respon namun pada minit ke-26, Amri melakukan hantaran cantik kepada Surendran, namun cubaan Surendran meliar.

Ia memang peluang terbaik untuk Melaka menyamakan kedudukan.

Fazli Paat menjadi penyelamat pintu gol Melaka 10 minit selepas itu. Fazli menepis cubaan cantik Sumareh.

Pahang menghukum Melaka sekali lagi menerusi Matheus Alvez yang menyempurnakan hantaran lintang Mathhew Davies.

Tandukan Alvez meletakkan Pahang 2 gol di hadapan pada minit ke-42.

Separuh masa pertama berakhir 0-2.

Bermula separuh masa kedua, Eric William memasukkan Fauzi Roslan dan Sergio Aguero.

Pahang menghukum Melaka dengan jaringan ke-3. Ia berpunca daripada serangan balas. Hantaran cantik Ashaari Shamsuddin disudahkan oleh Mohamadou Sumareh pada minit ke-56.

Melaka mendapat peluang terbaik menerusi Amri Yahyah pada minit ke-73. Namun Wan Azraei cemerlang menafikan cubaan jarak dekat tersebut.

Amri melakukan cubaan cantik sekali lagi pada minit ke-83. Amri melakukan voli selepas Fauzi Roslan mengumpan cantik.

Penjaga gol yang baru masuk, Helmi Eliza cemerlang menyelamatkan gawang Pahang. Fauzi mencipta peluang gol sekali lagi pada minit ke-85. Namun cubaan Khuzaimie Piee ke bulan.

Amri menguji Helmi Eliza sekali lagi pada minit ke-87 namun Helmi Eliza berada dalam prestasi terbaik.

Namun minit akhir perlawanan Khuzamie Piee menjaringkan gol sagu hati. Satu sepakan yang terbias di kaki Matthew Davies.

Perlawanan tamat dengan kemenangan memihak kepada Pahang 1-3.

Melaka akan bertandang ke Pulau Pinang selepas ini, manakala Pahang akan menentang PKNS.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN