Pahang Terus Buru Slot Naib Juara Selepas Tewaskan PKNS FC

Jaringan tunggal Issey Nakajima Farran membolehkan Pahang terus memberikan persaingan untuk Naib Juara Liga Super 2018. Pahang, Perak dan Kedah adalah 3 pasukan yang masih berpeluang untuk menjadi naib juara.

PKNS FC boleh dianggap sudah tidak mampu untuk bersaing slot naib juara lagi secara matematiknya kerana perbezaan jaringan yang agak jauh.

Dalam perlawanan sebentar tadi, Pahang mencipta beberapa peluang pada separuh masa pertama namun dihampakan oleh produk akhir yang lemah.

Sehinggalah minit ke-25, Issey Nakajima menyambut hantaran Safuwan untuk gol tunggal perlawanan. Tiada tambahan jaringan pada separuh masa kedua.

Pahang akhirnya menamatkan rentetan tanpa kemenangan dalam 4 perlawanan liga sebelum ini di mana mereka seri 4 perlawanan.

Kemenangan terakhir mereka dalam Liga Super adalah 2 bulan yang lalu.

PKNS yang sebelum ini cemerlang menang 3 perlawanan berturut-turut, mengutip 9 daripada 9 mata yang ditawarkan terpaksa akur dengan keputusan ini kerana gagal bermain pada tahap terbaik untuk perlawanan ini.

Ini adalah kedudukan semasa kedua-dua pasukan selepas masing-masing bermain 21 perlawanan. Tinggal 1 perlawanan lagi untuk kedua-dua pasukan. Perak masih ada 1 perlawanan dalam tangan.

Perak akan turun menentang Kedah esok. Jika Perak menang, pasukan The Bos Gaurus akan sah menjadi naib juara Liga Super 2018 walau apa sahaja keputusan melibatkan Pahang dan PKNS pada perlawanan terakhir.

Namu  jika Kedah menang esok, pertarungan untuk persaingan naib juara akan menjadi 3 penjuru.

Perlawanan terakhir, PKNS FC akan berhadapan denga Perak. Ianya pasti pertarungan yang menarik. Manakala pasukan Pahang akan berhadapan dengan pasukan Kelantan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN