Pahang Sasar Kejuaraan Liga Super 2018, Ataupun Sekurang-Kurangnya 1 Piala

Semalam berlangsung majlis pengenalan jersi baru pasukan Pahang bertempat di Dewan Tun Razak. Dalam majlis yang sama, Timbalan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) Datuk Seri Muhammad Safian Ismail meletakkan sasaran untuk muncul juara Liga Super 2018.

Beliau berkata, sasaran itu realistik kerana Pahang sudah berbelanja sekitar RM20 juta sama seperti musim lalu. Dipetik dari sumber Bernama, beliau berkata:

“Sudah semestinya kita mahu muncul sebagai Juara Liga Super dan Juara Piala Malaysia. Namun, paling tidak, kita mahu menjulang 1 piala.”

Beliau percaya misi kali ini boleh dilaksanakan. Ini kerana Pahang memiliki kualiti skuad yang baik dari segi pengurusan serta adunan pemain tempatan dan import.

“Saya percaya misi ini boleh dicapai dengan barisan pengurusan, pemain tempatan dan import yang memiliki kemahiran serta semangat juang tinggi.”

Pahang turut memperkenalkan 4 pemain import mereka bagi mengharungi musim 2018 iaitu Sergio Ezequil Unrein, Alex De Moraes Gomes, Chan Vathanaka, dan Muhammad Safuwan Baharudin.

Foto – Bernama

Jurulatih Pahang, Dollah Salleh sudah menjangkakan musim 2018 akan lebih sengit. Beliau mengharapkan pasukan Pahang akan menjadi pesaing utama Liga Super kali ini.

Musim lalu Pahang menamatkan saingan liga di tangga ke-2. 9 mata dijarakkan daripada juara, JDT. Pahang juga menjadi naib juara Piala FA 2017.

Musim 2018, skuad yang dikenali juga dengan panggilan Tok Gajah ini, sudah pastinya mahu memperbaiki pencapaian mereka pada musim lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN