Pahang Sah Dapatkan Khidmat Ivan Carlos & Adam Reed

ivan-carlos-persela-lamongan

Pengurus Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang dipetik mengesahkan yang dua pemain import baharu telah berada bersama pasukan dan dijangka akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Ivan Carlos dan Adam Reed, masing-masing dari Brazil dan Filipina telah dilihat turun berlatih bersama skuad Tok Gajah dan Mohammed Suffian berkata yang mereka masih memburu dua lagi pemain import.

Ivan Carlos adalah seorang penyerang dan pernah beraksi di Indonesia bersama Persela Lamongan dan Persija Jakarta pada 2016 hingga 2018 sebelum beraksi di Eropah bersama AEL Limassol di Cyprus.

Bersama AEL Limassol, beliau sempat beraksi di saingan Liga Europa dan telah membuat 13 penampilan dengan meledak dua gol. Di Liga Europa, Ivan Carlos diturunkan dalam dua perlawanan.

Sementara itu, pemain kacukan Filipina-England, Adam Reed pula adalah pemain tengah dan merupakan pemain skuad kebangsaan Filipina dengan 10 penampilan setakat ini.

Mohammed Suffian berharap dengan kemasukkan dua pemain berpengalaman ini bakal menjadikan Pahang lebih baik untuk saingan Liga Super 2020 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

“Dengan pengalaman dimiliki kedua-dua pemain ini ia akan memperkemaskan lagi jentera pasukan terutama di bahagian serangan dan tengah. Mereka sudah berada di sini dan mula menjalani latihan bersama rakan sepasukan dan diharapkan segalanya berjalan lancar,” ujarnya kepada Berita Harian.

Dengan kemasukkan dua pemain ini, Pahang sudah memiliki tiga pemain import termasuk pertahanan kental musim lalu, Herold Goulon yang dikekalkan dan masih berbaki dua pemain import untuk diburu.

“Setakat ini tiada lagi kata putus dan pengesahan dua lagi pemain import yang bakal menyertai skuad Tok Gajah,” jelasnya sambil menegaskan ianya bergantung dengan taktikal Dollah Salleh.

Begitupun, beliau menjelaskan yang Pahang berkemungkinan akan mencari seorang pemain tengah dan seorang penyerang untuk melengkapkan kouta pemain import tersebut.

Dalam pada itu, Pahang telah sah menerima masuk dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) secara pinjaman iaitu pertahanan kiri, Fazly Mazlan dan penyerang, S. Kumaahran semalam.

Ini mengesahkan perkara yang dimakluman oleh Tengku Mahkota Johor (TMJ) kepada Semuanya BOLA sebelum ini yang mereka mungkin akan meminjam lima pemain kepada skuad Tok Gajah.

Kredit Foto: Liga Indonesia Baru

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN