Pahang Mungkin Didenda FMLLP Kerana Tak Amalkan Semangat Kesukanan Terhadap JDT

Kemenangan Pahang semalam dalam aksi Piala FA Malaysia dicemari dengan beberapa perkara yang kurang enak.

Pihak FMLLP telah menerima laporan yang pasukan tuan rumah iaitu Pahang tidak menunjukkan semangat kesukanan terhadap pasukan pelawat iaitu pasukan JDT.

Tidak dimainkan

Menurut siaran media FMLLP baru-baru ini, mereka memperoleh laporan yang pasukan Pahang telah bertindak “tidak menunjukkan semangat kesukanan” ketika perlawanan semalam.

Hal ini dilihat apabila pihak tuan rumah tidak memainkan lagu negeri bagi pasukan pelawat.

“Pasukan tuan rumah (PTR) iaitu Pahang tidak mempamerkan semangat kesukanan dengan tidak memainkan lagu rasmi negeri pasukan pelawat (PL) iaitu pasukan Johor Darul Ta’zim.”

Selain daripada itu, pihak tuan rumah juga tidak membenarkan sebilangan penyokong pasukan pelawat untuk masuk ke dalam stadium bagi menyaksikan perlawanan diantara 2 pasukan tersebut.

“Pihak tuan rumah jugatidak membenarkan penyokong pelawat memasuki stadium.”

Fasiliti untuk para media juga menjadi perhatian pihak FMLLP, hal ini kerana menurut pihak FMLLP standard kualiti zon media di Stadium Darul Makmur tidak menepati tahap minimum.

Namun begitu, pihak FMLLP bakal menunggu laporan penuh dari komisioner perlawanan mengenai perkara tersebut.

Pahang menewaskan JDT dengan jaringa 3-1 untuk membolehkan Tok Gajah membawa bekalan 2 gol ke Larkin.

Gambar: Pahang FA

Syamim Yahya, Matheus Alves dan Bright Dike menjaringkan gol untuk Pahang.

Gol tunggal JDT disumbangkan oleh Marcos Antonio.

Baca juga: Analisis Taktikal Piala FA: Pahang Efektif Dengan Floating Attackers, JDT Gagal Mendapat Rentak!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN