Pahang Mahu Teruskan Rentak Cemerlang Dalam Liga Super

Kejayaan menewaskan Juara Liga Super 2017, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan jaringan 3-0 di Stadium Larkin, jumaat lalu memberikan semangat tambahan kepada barisan pemain skuad tok gajah untuk memburu kedudukan teratas dalam saingan Liga Super selepas ini.

Selepas enam perlawanan, Pahang menduduki tangga kedua liga dengan mengutip 11 mata manakala JDT selaku pendahulu liga mengumpul 15 mata.

Pemain pertahanan, Mohd Faisal Rosli atau Tocang berkata kepada Berita Harian, perbezaan empat mata dengan skuad Harimau Selatan itu memerlukan komitmen lebih tinggi untuk mencatat keputusan lebih baik.

“Prestasi meyakinkan ketika menewaskan JDT 3-0 pada suku akhir kedua Piala FA memberi inspirasi dan suntikan semangat kepada kami.

“Sudah pasti kami mahu meneruskan aksi cemerlang ini dan fokus untuk terus memberi tekanan kepada JDT kerana jurang empat mata yang masih boleh dicabar.

“Saya harap rakan sepasukan dapat menjadikan kejayaan layak ke separuh akhir Piala FA sebagai motivasi,” kata pemain kelahiran Kuala Rompin, Pahang itu.

Skuad Tok Gajah akan melayan kunjungan Melaka United di Stadium Darul Makmur Sabtu ini. Faisal berkata, kelebihan beraksi di laman sendiri akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mencatat kemenangan.

“Kami tidak boleh tewas jika mahu mengejar kedudukan JDT dan perlu menang ke atas Melaka United Sabtu ini.

“Tetapi kami tidak boleh memandang mudah keupayaan lawan kerana mereka juga memiliki barisan pemain berpengalaman termasuk bekas pemain Pahang sendiri,” katanya.

Aksi faisal rosli ketika menentang JDT. FOTO: PFA

Sementara itu, penyerang Pahang, R Kogileswaran mengakui semakin serasi bersama Patrick Cruz selepas diberi kepercayaan membarisi kesebelasan utama dalam tiga perlawanan.

“Saya berterima kasih kepada jurulatih (Dollah Salleh) yang memberi sepenuh kepercayaan untuk bergandingan dengan Cruz di jentera serangan.

“Sebagai pemain muda, saya sudah melakukan yang terbaik dan percaya kejayaan yang diraih skuad ini atas semangat dan kerjasama berpasukan.

“Justeru, jika saya terus diberi peluang, saya akan memastikan Pahang beroleh kemenangan dan mencapai misi meraih piala musim ini,” katanya.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN