Pahang Bakal Uji Bekas Gandingan Neymar Untuk Slot Pemain Import Kelima

Kuota pemain import skuad Tok Gajah masih belum lengkap sepenuhnya walaupun aksi pertama Liga Super musim 2019 bakal berlangsung dalam masa 11 hari lagi menentang pasukan Kuala Lumpur FA.

Selepas pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh mendapat pengesahan rasmi daripada pihak Malaysia Football League (MFL) untuk didaftarkan sebagai pemain tempatan, mereka masih mempunyai satu lagi slot pemain import untuk diisi.

Setakat ini, skuad kendalian Dollah Salleh itu sudah menandatangani Dickson Nwakaeme dari Nigeria, Saddil Ramdani (Indonesia) dan Herold Goulon (Perancis) selain mengekalkan pemain import musim lalu, Safuwan Baharudin (Singapura).

Seorang lagi calon pemain import dikatakan dari Brazil iaitu Jose Eduardo atau digelar sebagai Ze Love. Pemain ini mempunyai reputasi yang hebat kerana pernah beraksi dengan kelab Santos FC berganding dengan bintang terkemuka dunia, Neymar Dos Santos.

Ze Love (kanan) merupakan rakan gandingan Neymar di bahagian serangan skuad Santos FC.

Pengurus Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang mengesahkan pemain yang berusia 31 tahun itu sudah tiba di Kuantan dan akan diuji dalam satu perlawanan persahabatan pada hari rabu ini.

“Walaupun pernah beraksi bersama kelab terbaik Brazil, Santos dan bermain bersama Neymar Jr, dia perlu diuji.

“Namun, kami sememangnya mahu mendapatkan seorang lagi pemain import terutama penyerang untuk memperkuatkan jentera serangan skuad ini,” katanya dalam Berita Harian.

Neymar meraikan jaringan gol Ze Love ketika beraksi dalam saingan Liga Libertadors.

Berdasarkan rekod Ze Love bersama Santos FC, beliau berjaya menjaringkan 10 gol dalam 29 penampilan. Selepas meninggalkan Santos FC pada tahun 2011, beliau berhijrah ke Itali menyertai kelab Serie A, Genoa FC.

Bola sepak Asia bukanlah asing bagi pemain ini kerana beliau sebelum ini pernah beraksi dalam Liga China bersama kelab Shanghai Shenxin FC dan kelab UAE, Al-Shaab. Musim lepas beliau beraksi dalam Liga Arab Saudi bersama kelab Al-Faisaly FC.

Difahamkan skuad tok gajah dijangka akan menurun barisan terbaik untuk dinilaikan prestasi mereka dalam perlawanan persahabatan menentang Negeri Sembilan di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh pada hari rabu ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN