PAFA Tawar Tiket Percuma Kepada Penyokong Jika Perak Ke Final Piala Malaysia

Penyokong skuad The Bos Gaurus bakal menikmati habuan kemudahan sepuluh buah bas berserta tiket percuma sekiranya pasukan Perak berjaya layak ke final Piala Malaysia 2018.

Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim mengesahkan habuan itu dan ia ditawarkan untuk menarik kehadiran lebih ramai penyokong Perak ke perlawanan akhir Piala Malaysia pada 27 Oktober ini.

Menurut laporan daripada Sinar Harian, difahamkan kemudahan bas dan tiket percuma kepada penyokong akan diagih-agihkan di beberapa daerah termasuk Kerian dan Kuala Kangsar.

Perak

PAFA juga turut akan mendapatkan tajaan tambahan daripada mana-mana pihak berminat untuk penyediaan lebih banyak kemudahan percuma kepada penyokong setia.

“Pafa yakin skuad Perak mampu pertahankan kelebihan agregrat 5-0 diperoleh dalam perlawanan pertama separuh akhir antara dengan skuad Sabah di Ipoh sebelum ini.

“Keyakinan juga berdasarkan kelegaan kita apabila lima pemain Perak dipanggil bermain untuk pasukan kebangsaan minggu ini disahkan bebas kecederaan serius.

“Mereka mampu kembali cergas bagi menghadapi perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang skuad Badak di Kota Kinabalu, Sabah minggu ini,” katanya seperti dipetik dalam Sinar Harian.

Hasnul juga yakin dengan kemampuan skuad kendalian Mehmet Durakovic untuk menamatkan penantian selama 11 tahun menjulang kejuaraan Piala Malaysia.

Mehmet mengendalikan sesi latihan pasukannya di Stadium Perak, Ipoh.

“Kejayaan merangkul piala bersejarah itu juga dianggap hadiah terbaik pasukan Perak untuk dipersembahkan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sempena hari keputeraan baginda pada 3 November ini.

“Justeru saya merayu jasa baik semua penyokong setia skuad Perak turun beramai-ramai menghadiri perlawanan akhir Piala Malaysia sekiranya kita layak demi memberi sokongan padu kepada pahlawan kita di atas padang kelak,” katanya.

Terdahulu, Perak berpesta gol apabila membelasah Sabah 5-0 pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2018 yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh pada 8 Oktober lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN