PAFA Sambut Baik Langkah Positif MFL Mahu Laksana Sistem Kawalan Ekonomi Pasukan

PAFA

Naib Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) Abd Aziz Yeop Jamaluddin menyifatkan langkah Malaysian Football League (MFL) untuk melaksanakan sistem kawalan ekonomi ke atas pasukan Liga Malaysia adalah sesuatu yang positif.

Katanya, dalam situasi pasukan tempatan bergelut dengan masalah kewangan, sistem kawalan ekonomi yang terbukti berjaya melangsaikan hutang pemain kelab Sepanyol oleh LaLiga itu, boleh dipraktikkan oleh MFL dalam Liga Malaysia.

Bagaimanapun Aziz percaya usaha MFL itu perlu disusuli dengan kerjasama semua pihak khususnya pihak pengurusan pasukan negeri dan kelab yang harus bersedia mengubah mentaliti.

“Ini satu langkah baru, kalau kita lihat jumlah kes dan hutang kelab Sepanyol lebih tinggi berbanding di Malaysia tapi pihak LaLiga berjaya mengatasinya menerusi sistem kawalan ekonomi ini.

“Saya percaya di sana, semua pasukan memberikan kerjasama untuk LaLiga melakukan sebarang perubahan termasuk kawalan ekonomi ini.

“Jadi di sini, semua pasukan juga perlu berikan kerjasama dan menyokong usaha MFL. Mentaliti kena ubah, jangan anggap semua perkara itu remeh. Banyak dokumen diperlukan oleh MFL untuk melihat kedudukan kewangan pasukan, jadi semua pasukan perlu bersedia untuk bekerjasama,” katanya.

MFL kelmarin menerusi kenyataan Ahli Lembaga Pengarahnya, Datuk Wira Yusoff Mahadi memaklumkan badan pentadbir Liga Malaysia itu bersedia mempraktikkan sistem kawalan ekonomi seperti yang digunakan LaLiga.

Sejak dilaksanakan pada 2012, LaLiga telah berjaya menghapuskan bebanan hutang pasukan bertanding sebanyak €90 juta (RM422.87 juta) pada 2012 kepada sifar pada tahun 2017 sekali gus berjaya menyelesaikan masalah kemelut gaji di antara pasukan dan pemain dalam tempoh lima tahun.

Menerusi kawalan ekonomi ini perbelanjaan pasukan dikawal mengikut kedudukan kewangan mereka dan tindakan lebih tegas akan diambil kepada pasukan yang masih berhutang selepas peraturan itu dikuatkuasakan.

Ini terbukti apabila LaLiga menyingkirkan kelab Elche FC gara-gara berdepan masalah hutang biarpun menduduki tangga ke-13 pada musim 2014/2015.

Malah kelab Real Murcia juga disingkirkan ke Divisyen Tiga biarpun menduduki kelompok empat teratas Divisyen Dua apabila gagal menyelesaikan masalah hutang pada tahun 2014.

“Bagaimanapun kita harus sedar ia mengambil masa untuk kita perbetulkan sistem sedia ada, kalau kita lihat LaLiga sendiri memerlukan lima tahun untuk langsaikan semua hutang pasukan, jadi kita perlu bergerak daripada sekarang,” kata Aziz yang juga bekas Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Kredit foto: Perak Today

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN